Najib kata debat bukan budaya kita. Kita itu siapa Melayu, Cina , India atau Nepal , Myamar, Indon, Bangla? Berdebat memerlukan amalan yang baik dan juga ilmu yang baik. Kalau menteri atau Ketua pemuda UMNO pun sudah berani berdebat, bila pula PM Najib dengan bakal PM(PR) DSAI pula berdebat? Kalau sudah ada dasar atau manifesto atau rekod kerajaan yang baik, kenapa takut hendak berdebat? Inilah masanya hendak tunjulkan dan buktikan kepada rakyat selama 55 tahun UMNO memerintah Malaysia kejayaan atau kegagalan yang sebenar boleh dibuktikan dengan berdebat!
Kalau di sekolah sudah diajar berdebat hasil kulum-kulum menteri pendidikkan UMNO, konsep berdebat yang sama apa salahnya diamalkan di antara ahli2 parlimen yang berapi2 berucap dalam kempen pilihanraya yang begitu berani tetapi takut bila diajak berdebat dalam TV!
Apa kata kita gunakan TV sepenuhnya untuk majlis ceramah atau debat. Amalan sekarang ini pihak UMNO BN sahaja yang monopoli media ini. Kalaulah UMNO BN sudah maju dari segi pemikiran atau sains dan teknologi maka kaedah ini cukup jantan atau gentleman untuk menegakkan sesuatu isu dengan sikap pemikiran atau menteliti kelas pertama melalui TV dan media2.
Kalau seorang PM pun masih dikuasai perasaan takut, tidak yakin atau menikus bila diajak berdebat, ini menunjukkan seorang PM yang lembek dan masih berfikiran menteliti kelas ketiga dalam memimpin Malaysia lebih baik letak jawatan dan beri kepada Khairy J sahaja untuk mengurus dan mentadbir Malaysia ! Sekurang2nya kejantanan ketua pemuda ini walaupun tidak berjawatan tetapi mampu berdebat walau pun sukar hendak menangkis soalan2 Rafizi R!
Menteri2 UMNO BN memang ketar lutut bila hendak berdebat kerana berani kerana benar takut kerana bersalah. Pendebat2 yang berani dalam UMNO BN hanyalah dikedai2 kopi! Mereka berdebat tidak ada tajuk. Tajuk yang paling baik dahulu, kini dan selama2nya walau pun mereka sekarang sedang menunggu untuk dijual tetapi tetap taat dan berkarat walau pun saat2 ajal hanya menunggu beberapa bulan sahaja lagi. Apa sahaja yang ada kaitan dengan kebaikan mereka menganggap keburukkan. Pemimpin2 mereka hidup senang lenang hasil rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dan ahli2 yang berkarat hidup kais pagi makan untuk esok tetapi tetap hidup Melayu. Hidup segan mata tak mahu!
No comments:
Post a Comment