Judi adalah haram di dalam Islam. Semua parti yang ahli2nya beragama Islam tahu dalam hal ini. Tahu tidak bermakna faham. Kefahaman dan penghayati memerlukan iman dan taqwa kepada Allah swt.
Islam pada mereka hanyalah modal untuk memikat orang2 Islam memberi undi untuk mengekalkan kuasa dan dalam masa yang sama boleh membuat harta benda sebanyak mungkin. Hakikat sebenar mereka memang tidak hendakkan ajaran Islam yang sebenar dilaksanakan.
UMNO tidak sensitif dengan penghinaan orang2 bukan Islam terhadap Islam kerana pada mereka menjaga hati2 bukan Islam lebih penting dari menjaga perintah Allah swt.
Allah swt telah memberi peluang kepada UMNO untuk berubah tetapi mereka seperti juga kaum2 di zaman nabi2 a.s yang dimusnah kerana engkar dengan perintah Allah swt. Sokongan terhadap UMNO semakin meruncing dan UMNO hanya bergantung kepada sokongan orang2 Melayu yang lemah daya fikir terhadap Islam kerana telah selesa dengan kehidupan cara Inggeris. Inggeris telah membentuk para2 pemimpin UMNO sejak sebelum merdeka dan terus diwarisi oleh mereka ini sehingga ke hari terakhir PRU 13. Tanda nota telah hampir tetapi masih dengan sifat ego mereka yang akhirnya akan memusnahkan parti UMNO itu sendiri!
Kerja menyeru manusia kepada amal maarof dan mencegah kemungkaran adalah tanggung jawab semua umat Islam. Iman yang sempurna selepas syahadan apabila semua perintah Allah swt dapat disempurnakan. Gagal menyempurnakan perintah Allah swt walau pun satu hukum, disisi Allah swt itu adalah iman yang rosak. Iman yang rosak samalah seperti puak munafik dan kafir.
Umat Islam akhir zaman seperti buih2 di lautan, ramai tetapi tidak ada kekuatan kerana dunia telah berada di dalam hati2 umat Islam. Natijahnya kemurkaan Allah swt semakin bertambah seperti bertambahnya bala bencana gempa bumi, tsunami, caci mencaci, fitnah memfitnah kerana yang menjadi pemerintah adalah mereka yang menderhakai Allah swt.
Tidak ada jalan lain melainkan mereka yang beriman lagi bertaqwa kena bersungguh2 berusaha memerangi puak2 munafik yang menjadi musuh Islam seperti musuh dalam selimut. Mereka bergerak dalam diam2 sehingga boleh meruntuhkan atau merosakkan akidah umat Islam yang setengah masak hasil pendidikkan yang tidak berteraskan ajaran Islam.
www.iman2taqwa.blogspot.com
No comments:
Post a Comment