Wednesday 6 June 2012

UMNO BN TELAH TAMAT TEMPOH


UMNO BN cukup terdesak sehingga memberi amaran kepada PR supaya jangan bertindak ganas menjelang PRU 13 ini. Sebenarnya siapa yang paling ganas sekarang sehingga menjadi samseng upahan untuk mengancam keselamatan di ceramah2 PR?

Selain mencerderakan orang awam dan memusnahkan bendera PR mereka bertindak menganggu ketenteraman awam seperti menunjukkan punggung di depan rumah Ambiga dan mengadakan demo2 yang mendapat restu dari pemimpin2 mereka.

Pada mereka demo cara mereka bertemadun walau pun memalukan agama, bangsa dan negara. Amalan samseng2 yang dilakukan oleh UMNO BN ini akhirnya akan merugikan Melayu, Islam dan negara.

Berapa lama mereka boleh menjadi samseng? Ahli2 PR sekarang ini sebenarnya sekarang ini bertahan sabar. Sabar juga ada batasannya.
Samseng2 UMNO BN mendapat layanan khas dari pihak berkuasa kerana mendengar arahan dari menteri dan KPN dan mereka ingat mereka boleh menjadi samseng sepanjang pemerintahan mereka. Amalan2 samseng yang menjadi liar yang dilakukan oleh pihak UMNO BN ini jika tidak dibenteras oleh pihak berkuasa boleh menjerumus rakyat bermusuhan sesama Islam dan Melayu.

Adakah UMNO BN ingin melihat tragedi berdarah berlaku di antara saudara2 Melayu Islam kerana hendakkan terus berkuasa?. Pepatah Melayu kalah jadi abu menang jadi arang?

Budaya ganas yang dilakukan oleh pihak UMNO BN ini wajib dibenteraskan segera. Gagal bermakna UMNO BN tidak sayang Melayu dan Islam bukan DSAI tidak sayang Melayu seperti kata Rais Yatim.

Kita jangkakan budaya ganas ini akan meningkat menjelang PRU 13 ini kerana rakyat rata2 menyatakan ketidakpuasan hati dengan cara UMNO BN menguruskan dan mentadbirkan negara. Atas alasan hendak mengekalkan kuasa pepatah Melayu membujur lalu melintang patah atau Inggerisnya “by hook or by crook” UMNO BN kena menang walau pun apa cara sekali pun. Ini menunjukkan budaya Islam atau ajaran Islam terpaksa diketepikan dan budaya zaman Melayu sebelum Islam mesti dihidupkan semula!

Jika UMNO BN menang dengan cara ganas atau penipuan daftar pemilih, adakah rakyat boleh terima keputusan PRU 13 dengan hati terbuka tanpa ada bantahan?  Malaysia tidak akan aman selagi perbuatan jahat ini tidak hapuskan. UMNO BN kena menyerahkan kuasa kepada PR untuk membuat rakyat Malaysia hidup dengan aman. bebas dari amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. UMNO BN tempoh eksperimen(percubaan) yang rakyat beri terlalu lama – 55 tahun dan tempoh tidak boleh dilanjutkan lagi sepanjang tempoh ini terlalu banyak kerosakan kepada Islam dan Melayu dilakukan. Sudah tiba masanya UMNO BN berundur sebelum rakyat undurkan kamu dengan cara memalukan. Apa kata  Shafie Afdal rakyat jangan buat eksperimen hendak menukar kerajaan! PR bukan kerajaan eksperimen tetapi kerajaan yang insyaAllah akan kekal selama2nya mengantikan UMNO BN untuk kebahagian rakyat Malaysia. Allahuakbar.

www.iman2taqwa.blogspot.com

No comments:

Post a Comment