Thursday, 21 June 2012

SIFAT TERPUJI LAHIR DARI KEIKHLASAN

Manusia ada satu sifat yang sukar dibuang ia itu sifat tamak. Biasanya terjadi kepada pemimpin2 UMNO. Lagi banyak jawatan lagi banyak masuk. Hendak lepas jawatan yang dibayar lumayan ini bukan senang kalau boleh biar sama2 mati!.

Dalam hal Rafizi ini, sifat tamak itu memang boleh dijinak jika azam untuk melihat kemungkaran itu ada dalam hati.

Debat PTPTN itu banyak logik dan menasabahnya. PTPTN diberi percuma kerana hendak melihat lebih ramai pelajar2 U tidak terikat dengan pinjaman sedangkan pinjaman itu boleh dimansuhkan atas sifat kesian kepada mereka yang dibeban dengan pelbagai masalah kos hidup terutamanya ibu bapa yang memang tidak mampu tetapi terpaksa membiarkan anak2 yang ada potensi untuk mendapat ilmu terbantut.

Kerajaan adalah pemegang amanah rakyat. Apa sahaja untuk kepentingan rakyat kerajaan yang bertanggung jawab wajib usahakan dengan ikhlas untuk membantu meringankan rakyat bukan mencari kesempatan mencari keuntungan segelintir menteri, pengerusi dan kroni untuk hidup mewah atas skim PTPTN ini.

Pendapatan negara kalau diurus dengan jujur dan amanah bantuan percuma ini hanyalah sisi2 makanan yang lekat dicelah gigi sahaja atau a tip of the iceberg.

Rezeki yang diberkati ialah rezeki yang diusahakan secara halal lagi toiibah bukan rezeki dalam tong sampah. Orang gila pun kalau dia tidak gila dia pun tidak mahu ambil rezeki dari tong sampah yang kotor lagi busuk. Tetapi manusia yang siuman lebih teruk dari orang gila kerana mendapat rezeki yang haram yang lebih kotor lagi busuk dari “tong sampah”. Setiap rezeki yang haram maka akan lahirlah sifat2 yang terkeji bukan setakat pemgambil itu sahaja tetapi keterunannya akan menjadi manusia yang sentiasa suka kepada “tong sampah!”

No comments:

Post a Comment