Sunday, 17 June 2012

ALLAH SWT MAHA BERKUASA MAKLUK TIADA KUASA


Institusi raja2 bukanlah perisai atau pelindung kepada orang2 Melayu dan hak keistimewaan Melayu bukan bergantung kepada raja2 Melayu.

Pendapat ini sangat berbahaya kerana boleh membuat seseorang itu menjadi syirik kepada  Allah swt. Mahluk berhajatkan kepada Allah swt. Manusia tidak boleh berlindung dengan makluk kerana mahluk lemah dan tidak ada kuasa mutlak untuk memberi hidayat, rezeki, kebahagian, kemulian, keistimewaan atau kehinaan dan lain2 kepada manusia.

Raja2 Melayu juga seperti manusia biasa lain yang sama di sisi Allah swt. Manusia yang paling mulia disisi Allah swt ialah manusia yang beriman dan bertaqwa. Selain dari itu apa sahaja jawatan atau harta benda yang dimiliki bukan jaminan untuk mendapat keredhaan Allah dan syurga. Syurga hanya boleh diberi atas rahmat Allah swt dengan diri, masa dan harta benda yang dikorbankan atas nama jihad untuk menegakkan agama Islam. Jihad di zaman ini ialah dakwah. Kita kena buat kerja dakwah supaya manusia lain pun dapat Islam. Agama Islam sahaja agama yang diredhai Allah swt.

Hari ini kita leka baik raja2, menteri2, MB, wakil rakyat dan JKKKP terhadap dakwah. Kita menghabiskan masa dengan dunia keseronok, hiburan, berfoya2, fitnah, rasuah, penyelewengan dan salah gunakan kuasa. Sebagai balasan Allah swt telah mencampakkan kehinaan kepada umat Islam. Umat Islam ketinggalan dalam semua bidang bukan kerana tiada ilmu tetapi bila abaikan amalan Islam, inilah hukumannya.

Allah swt tidak lagi memandang umat Islam dengan rahmat tetapi mencampakkan segala bentuk kehinaan. Orang2 bukan Islam sendiri tidak percaya dengan kebaikan Islam kerana keburukkan akhlak umat Islam menakutkan mereka.

Anak2 haram yang menjadi2 sehingga perbuatan mendera bayi yang tidak dilakukan oleh bukan Islam dan binatang tetapi sanggup dilakukan oleh orang2 Islam seperti membuang bayi dalam lubang tandas dan lain2 perbuatan yang lebih dahsyat dari bukan Islam dan binatang. Binatang pun sayang kepada anak2nya!

Di sini ia itu dunia bukan tempat kita bersenang lenang dengan jawatan, tahta, kuasa, harta benda. Maksud hidup orang2 Islam  untuk mendapat iman dan taqwa adalah dengan perantaraan kerja dakwah. Dunia ini untuk orang2 bukan Islam bersenang lenang kerana mereka tiada syuga. Jika mereka tidak dapat Islam, umat Islam sama ada raja2, menteri2. MB, wakil rakyat dan JKKKP akan bertanggung jawab di depan Allah swt. Umat Islam tidak boleh melepaskan diri di akhirat kelak.

Allah berfirman dalam al-Quran, Aku telah membeli diri kamu, masa dan harta kamu dengan syurga. Ayat ini ditujukkan hanya kepada orang2 yang beriman lagi bertaqwa kepada Allah swt. Jika diabaikan maka nerakalah tempat kamu sebaik2nya.

No comments:

Post a Comment