Saturday, 9 June 2012

DUA TOKOH BERLAINAN MATLAMAT

Menuduh atau sangka buruk kepada seseorang memanglah perkara biasa. Memuji atau sangka baik kepada seseorang adalah perkara luar biasa. Tunku atau TAR and DSAI adalah dua orang tokoh yang mempunyai berlainan matlamat.

TAR telah membuat keputusan yang salah kerana kelekaan beliau membiarkan orang2 Cina menguasai Singapura. Singapura mempunyai sejarah Melayu yang unik. Sebelum kedatangan orang2 Cina ke Singapura, ia adalah sebuah pulau yang dihuni oleh Melayu. Walau pun Inggeris memainkan peranan memasukkan orang2 Cina ke Tanah Melayu tetapi pemimpin2 Melayu juga wajib memainkan peranan terutamanya selepas merdeka.

Sikap tidak apa TAR menyebabkan orang2 Cina yang memang cerdik sentiasa mencari peluang untuk merampas Singapura dengan cara diplomasi atau cara menipu dengan melayan TAR sebagai kawan baik. Masa itu zaman kuminis dan Singapura diancam Kuminis dan Kuninis  juga adalah orang2 Cina. Dengan memperlagakan UMNO dengan MCA oleh PAP maka akhirnya TAR yang tidak mahu perkauman berterusan maka beliau keluarkan Singapura. Sejarah telah membuktikan kita orang2 Cina memang cerdik sebab itu di mana mereka berada mereka maju. Orang Israel juga begitu di mana mereka berada mereka akan menguasi ekonomi dan juga pemerintah seperti di Amerika. Kita tahu Lee Kuan Yu seorang yang berpandangan jauh. Beliau juga dapat menawan Utasan Melayu dengan bahasa Melayu dan tulisan jawi yang baik dan menjadi peguam bagi pihak Utasan Melayu. Melayu kira Lee Kuan Yu ini memang Cina yang berjiwa Melayu tulin. Tetapi semua itu pura2 sahaja. Bila PAP menang pilihan raya 1963 dan menguasai Parlimen Singapura, Lee Kuan Yu terus mendesak TAR supaya keluarkan Singapura. TAR memberi syarat perlembagaan Singapura mesti dimasukkan keistimewaan orang2 Melayu sebelum boleh keluar dari Malaysia tetapi LKY enggan dan akhirnya atas alasan tidak mahu bergaduh perkauman TAR melepaskan Singapura dan tidak ada seorang ahli UMNO yang menentang semuanya menikus.

Individu DSAI ini lain ceritanya. Beliau seorang yang bersih pada mula tetapi bila masuk UMNO terpaksa kena ikut rentak UMNO. Tetapi beliau tidak suka kepada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Malangnya cita2 beliau untuk membersihkan UMNO di bawah Dr. M telah dihidu dan akhirnya dipecat.

No comments:

Post a Comment