Mendesak orang lain supaya mengaku ke atas satu perbuatan yang dia tidak lakukan atau mendesak orang lain supaya mengaku ke atas satu perkara hanya dengar cakap orang atau hearsay adalah satu perbuatan pengecut. Pengecut jenis ini ibarat baling batu sembunyi tangan. Tetapi semasa batu dibaling hanya dia seorang sahaja yang ada di situ. Ini sudah pasti dia yang baling batu. Hukumnya tangkap dia potong tangan!.
Begitulah menteri2 UMNO BN yang tidak ada kerja lain selain dari menuduh ketua atau wakil2 rakyat PR, setiap kali membuat tuduhan disuruhnya mengaku macam budak2 nakal bermain. Yang nakal gertak yang kurang nakal. Nakal pun acah2 sahaja bukan berani sangat. Dia pun budak2 nakal yang sebenarnya penakut tetapi kerana bapa atau saki baki kuasa yang ada buat2 beranilah sikit.
Tidak apa kita bersabar nanti kita PR dapat kuasa kita gertak pun mereka terkencing. Kalau dengan perbuatan yang telah mereka lakukan bukan gertak yang patut dilakukan tetapi perbuatan mereka itu cukup terbukti bersalah. Kita gertak dan tangkap bubuh dalam black maria. Nak bicara ka juga? Tak payahlah buang masa saja.
Kita bebaskan banduan di penjara. Banduan akan bertanya kenapa kami dibebaskan? Kamu bersalah kerana UMNO BN membiarkan kamu menjadi penjenayah. Sekarang PR memerintah hukuman hudud sedang dilaksanakan.
Jika kamu masih hendak melakukan jenayah dipersilakan. Tetapi kali ini jika sabit kesalahan kamu akan dikenakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Maka semua banduan menjadi baik. Tetapi tetap ada kemusykilan. Kalau kami semua dibebaskan siapa yang akan masuk dan seterusnya menghuni penjara? Itu dalam lori black maria yang bersusun. Kami rasa kami kenal mereka itu! Kan yang kena gari itu dulu semua VIP ada yang…………..ada yang………….dan lain2 lagi.
Maka tamatlah satu filem yang paling menyedihkan yang pernah difilemkan selepas PRU 13. Memang mengalirkan air mata penonton2! Bukan sedih tetapi geram. Geram kali ini pelik sikit. Biasanya orang sedih mengalir air mata tetapi geram kali ini geram sehingga mengalir air mata!
No comments:
Post a Comment