Friday 15 June 2012

BILA PEMIMPIN2 UMNO GILA KUASA, TANAH MELAYU TERGADAI


Noh Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut kesal kerana kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri juga menyebabkan Universiti Selangor (Unisel) mengalami masalah kewangan untuk meneruskan operasi. Si menteri ini ketinggalan zaman.

Jika PTPTN tidak mahu mengeluarkan wang, kerajaan Selangor telah memperuntukan RM30 juta untuk membantu pelajar tetapi tiba2 PTPTN cepat tarik balik dan beri semula pinjaman. Kenapa PTPTN tak teruskan pembekuan ini. Nak gempar tapi penakut. Bila kena gertak balik, terkencing kerana takut rakyat akan menyingkirkan UMNO BN kerana isu ini.

Menteri pertanian ini sebenarnya prestasinya cukup buruk. Berapa banyak beras impot telah masuk ke Malaysia. Sebab utama banyak tanah2 sawah sudah jadi projek perumahan. Kalau trend ini tidak dihalang maka satu hari nanti rakyat Malaysia akan makan beras siam, Cina, vietnam dan bila keadaan darurat akan makan  pasir. Kenapa kerajaan tidak halang pertukaran status tanah pertanian kepada perumahan.

Apa akan jadi tahun 2020, semakin kurang tanah pertanian untuk tanam padi. Ini tanggung jawab menteri pertanian dan menteri jaga tanah. Buah2an tempatan seperti mempelam, pisang, nenas, daging lembu dan lain2 semuanya mahal sedangkan semua buah tempatan.

Mana dia projek pertanian ini pergi. Projek NFC jadi projek beli kondo. Tanah pertanian tukar status jadi tanah industri. Siapakah yang untung dalam transaksi ini? Orang tengah2. Siapa dia orang2 tengah? Orang2 yang berkuasa? Siapakah orang2 yang berkuasa? Menteri2, Menteri besar, pegawai daerah, wakil2 rakyat dan JKKKP.

Tanah2 Melayu bertukar tangan kepada taukey2 Cina semakin menjadi2 di kampung2 dan juga di pinggir bandar dan juga bandar2 kerana broker Melayu dan orang Melayu sendiri tiada ada menteliti kelas pertama kerana hendakkan wang jangka masa pendek sedang tanah2 yang dijual bernilai berpuluh kali ganda bila bertukar tangan. Semuanya kerana kejarkan wang bukan kepentingan generasi masa hadapan. Sudahlah Singapura diberi percuma dan tanah2 Melayu juga semakin pupus. Kerajaan kena mengujudkan atau pinda akta supaya tanah Melayu Islam tidak boleh dijual kepada bukan Melayu dan bukan Islam.

Apakah menteri2 UMNO BN buat setelah 55 tahun merdeka dan yang paling melucukan kerajaan UMNO BN membodek diri sendiri mengatakan merekalah kerajaan yang prihatin dan berjaya dalam ekonomi, memajukan Islam- sedangkan masjid kosong, Melayu koperat yang cerdik merugikan GLC dan 1001 jenis masalah bukan setakat gagal malah wajib disingkirkan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment