Wednesday, 27 June 2012

SAMAN TETAP SAMAN, BERANI KERANA BENAR

SAMAN TETAP SAMAN, BERANI KERANA BENAR

Bila tidak saman dikatakan takut. Bila saman dikatakan nak tutup mulut kata Dr. M. Bila tidak berkuasa dan tidak boleh memberi arahan kepada hakim2 yang dahulunya dibawah kuasa beliau maka beliau baru sedar apa itu hukuman! Peluang untuk mengarah sudah tamat tempoh. Sekarang kena berdepan dengan realiti semasa dan tidak boleh bercakap sesuka hati nanti mati.

Begitulah yang berlaku sejak dari zaman Nabi Adam a.s sehingga akhir zaman dan khiamat. Hosni Mubarak, Gadafi, Ben Ali antara pemimpin2 bongkak, sombong dan kejam dan tidak lama lagi Syria, Asad akan menerima nasib yang sama apabila mengaku Islam tetapi menyeleweng dari ajaran Islam, maka Allah swt yang maha berkuasa lagi maha kekal membalas setiap perbuatan yang dilakukan bersesuaian dengan apa yang mereka lakukan.

UMNO memimpin negara sudah 55 tahun  tetapi gagal mendidik orang2 Melayu Islam ke arah iman dan taqwa kepada Allah swt. Permusuhan sesama Islam kerana mengujudkan politik yang tidak berpandukan al-Quran dan sunnah kotor caci mencaci, fitnah memfitnah tidak menjadi agenda utama sebagai pemimpin yang mengaku menganut agama Islam. Apa yang lebih menduka citakan lagi ialah orang Cina, India dan lain2 bangsa bukan Islam semakin jauh dari Islam dan atas sifat jahil mereka kembali menentang Islam secara terang2an dan UMNO yang bertanggung jawab menjaga Islam berdiam diri dan jadi pengecut bila Islam dihina,

Pembalasan yang sama Allah swt akan kenakan kepada UMNO seperti mana pembalasan ke atas orang2 yang tidak jujur dan amanah terhadap Islam.

InsyaAllah PAKATAN RAKYAT adalah pilihan semua rakyat khasnya dan orang2 Melayu Islam khusus. Amanah ini sangat penting dan wajib dilaksanakan dengan jujur. Keberkatan dan rahmat Allah swt akan bersama apabila semua orang yang mengaku Islam dapat mendaulatkan ajaran al-Quran dan sunnah apabila berkuasa kerana sesungguhnya kejayaan manusia itu hanya akan berjaya apabila taat dengan perintah Allah swt dan ikut cara Nabi Muhammad saw.

PRU 13 UNDI PAKATAN RAKYAT UNTUK MALAYSIA YANG LEBIH DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH SWT. INSYAALLAH.

No comments:

Post a Comment