Wednesday, 13 June 2012

KEARAH MALAYSIA YANG DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH S.W.T

PM Najib dan isteri telah dan sedang menjadi tanggungan biawak hidup(liability) kepada UMNO BN. Malangnya kepada ahli2 UMNO BN yang boleh dikatakan bersih sedikit dari pemimpin2 mereka tidak dapat hidayah daripada Allah swt. Hadis Nabi saw telah memberi amaran jangan kamu makan minum dengan puak2 yang menentang hukum Allah swt setelah kamu berdakwah bersungguh2 dan akhirnya kamu berputus asa untuk menyedarkan mereka dan masih bersama mereka. Adakah ulama2 UMNO pernah berdakwah dan menyedarkan pemimpin2 parti ini atau diam membisu kerana period nasi?

Siri skandal atau bahasa mudah kejahatan yang didedah bermula dari awal pegang jawatan menteri sehingga menjadi PM. Senarai kejahatan yang cukup jelas seperti penyelewengan pembelian kapal selam, pembunuhan Altantuya, layanan tuntutan bersihkan terhadap nama pendaftaran pemilih yang penuh penipuan dan tindakkan terhadap Bersih 1,2,3 yang lemas dalam air dan pemedih mata berasid, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dan terbaharu bakal menantunya Daniyar Nazarbayev  dari Kazakhtan penipuan jual beli kondo RM60 juta di New York dan hampir2 sama kes di Malaysia beli kondo dengan wang projek NFC dan banyak lagi perbuatan terkeji yang didedahkan tidak menjadi pengajaran langsung kepada ahli2 UMNO BN yang warak lagi berilmu!

Kelemahan seterusnya nazak yang dihadapi oleh UMNO BN adalah berpunya dari dosa2 yang bertimbun2 dan Allah swt sedang menurunkan bala yang pelbagai terhadap parti ini dan tempias bala ini juga kepada rakyat jelata. Inilah pembalasan dari Allah swt bukan saja2 datang seperti kata Hishamuddin Rais hukum karma. Dalam Islam tiada hukum karma. Hukum ini adalah balasan dosa yang dilakukan dan ianya datang dari Allah swt bukan kehendak alam semula jadi!

Hari2 ada sahaja berita terkini yang didedahkan terhadap Najib.
Malaysia sungguh tercemar dengan perbuatan beliau dan isteri. Kesan dari ini nama Malaysia yang dicanang oleh TV dan media milik UMNO BN menampakkan betapa aman dan harmoninya Malaysia ditambah dengan kejayaan transfomasi ekonomi, pelabur2 asing yang tidak terkesan dengan perhimpunan Bersih dan lain2 berita negatif adalah satu sendiwara Greece yang telah bankrup hasil pembohongan media2 milik kerajaan.

Rakyat Malaysia masih ada sedikit masa lagi untuk menyelamatkan Malaysia dari bankrup atau tersisih dari pelabur2 antara bangsa kesan dari pemerintahan UMNO BN yang penuh dengan penyelewengan bukan sahaja kuasa, wang tetapi penipuan untuk mendapatkan kuasa secara nekad ia itu mengujudkan nama pemilih berdaftar yang palsu dengan harapan untuk mengekalkan kuasa yang jelas untuk membiakkan maksiat dan kejahatan. Pilihanraya PRU 13 ini menentukan sama ada Malaysia akan dirahmati dan barkati  Allah swt jika Pakatan Rakyat memerintah atau bala,malapetaka atau bencana yang berterusan jika UMNO BN menang.

Rakyat Malaysia yang bijak lagi sayangkan Islam dan Melayu wajib menukar kerajaan dari UMNO BN kepada PAKATAN RAKYAT. ALLAHUAKBAR.

No comments:

Post a Comment