Presiden Perkasa , Datuk Ibrahim Ali minta Singapura panggil balik 3 diplomat kerana sokong Bersih 3.0. Sudahlah dengan Cina Malaysia kamu bergaduh dan kali ini dengan Cina Singapura pula.
Sepatutnya kamu minta PM Singapura memulangkan pulau itu kepada Malaysia kerana UMNO dibawah Tunku Abdul Rahman TAR telah membuat kesilapan besar dengan senang2 memisahkan Singapura dari Malaysia .
Inilah adalah dosa UMNO yang terbesar dalam sejarah dan tiada bangsa lain yang sebegini pemurah atau bodoh memberi tanah kepada bukan Islam. Orang2 Melayu sendiri ada yang tinggal merepat di Malaysia kerana susah hendak mendapat tanah yang hanya untuk tapak rumah tetapi orang2 Cina dilayan dengan memberi pulau yang paling strategik di dunia.
Paling menyakitkan hati lagi tanah simpanan Melayu pun UMNO faraidkan kepada bukan Melayu atas nama pembangunan. Di bawah UMNO pembangunan asli ia itu yang dibangunkan oleh orang2 Melayu sendiri hampir sifar(kosong).
Kesemua pembangunan diberi kepada bukan Melayu atas nama kemajuan. Orang2 Melayu sendiri akhirnya terpaksa menumpang depan kedai Cina jual sate! Kuasa di tangan Melayu asli tetapi kerana nak kaya cepat walau pun gadai maruah bangsa dan tanah kerana hendak kejarkan kemajuan kononnya tetapi hakikat sebenar mengejar wang dan harta untuk kenyangkan perut sendiri dan kroni.
55 tahun masa yang panjang untuk membangunkan orang2 Melayu jika UMNO betul2 ikhlas. Hari ini apa yang ada pada Melayu? Di bandar2, orang2 bukan Melayu ada hospital swasta sendiri. Mereka juga ada bangunan parti dan persatuan sendiri. Melayu ada apa? Hospital sendiri ? doktor sendiri? Adakah masuk akal setelah 55 tahun merdeka UMNO ada pejabat parti menyewa dirumah kedai bukan Melayu? Punyanya selekeh! Tanah di tempat strategik semuanya dibangunkan oleh bukan Melayu sedangkan tanah itu ada diantaranya adalah tanah simpanan Melayu atau awam(simpanan jalan atau sungai dll) ! Siapa punya kuasa meluluskan? Melayu jual Melayu!
Bila bangunan rumah kedai yang beratus2 ribu ini bina kesemuanya dimonopoli oleh bukan Melayu. Orang2 Melayu tidak mampu membeli kerana mahal. Sepatutnya pemimpin2 Melayu wajib berfikir bagaimana nak membangunkan Melayu bukan menjadi penghianat kepada Melayu! Buka mata dan minda dan panjangkan akal memikir adakah UMNO membela Melayu?
No comments:
Post a Comment