Monday 18 June 2012

PUNCA MELAYU LEMAH BERNIAGA

Apa sahaja yang orang Melayu terajui kebanyakkannya rugi.
Adakah mereka tidak pandai bisnis atau pandai bisnis tetapi menguntungkan diri sendiri. Melayu bila bekerja dengan CEO bukan Melayu baru nampak pandai bisnis kerana tidak boleh kelentong. Air Asia yang baru boleh buat untung, sedangkan MAS yang berpuluh tahun rugi. MAS sepanjang masa diterajui oleh CEO Melayu, ...cuba bagi kat mat saleh pula walau pun terpaksa gadai kepentingan negara dan pastinya kita boleh saksikan untung memang berbaloi. Begitu juga hotel antarabangsa terpaksa di beri kepada CEO bukan Melayu baru boleh maju. Adakah orang Melayu ini lemah dalam pemasaran atau lemah bila dapat kuasa dan nampak wang? Itu cerita GLC. Bagaimana pula bila jadi CEO atau PM kepada negara Malaysia? Serupa bin sama sahaja. Negara dapat wang hasil dari pendapatan cukai. Jika negara macam GLC yang pendapatannya datang dari pelangan, lama dah bankrap! Itulah perbezaan mengurus dan mentadbir dua bidang yang berlain konsep tetapi matlamatnya semua mesti dapat untung. Sampai bila Melayu nak maju, kalau berniaga seperti NFC, Felda dan lain2 agensi yang perangai Melayunya sama, rasuah, penyelewengan dan salah gunakan kuasa. Hanya dengan amalan Islam sahaja yang boleh berubah. Adakah kita sekarang mengamalkan Islam 100%? Nama sahaja Islam amalan lebih teruk dari bukan Islam! Jujur dan amanah dua sifat yang paling mahal sukar diperolehi sekarang!

No comments:

Post a Comment