Kalau kenaikan barang fenomena dunia, lapuran ketua audit negara tentang kebocoran dan ketirisan berbilion RM oleh kerajaan UMNO BN itu juga adakah nak salahkan dunia juga? Bila jadi PM mesti nampak cerdik lebih dari rakyat, ini rakyat lebih cerdik dari PM! Ini soal pentadbiran dan pengurusan sebuah negara seperti juga sebuah syarikat misal GLC. Kalau syarikat rugi para pemegang saham juga rugi, bolehkah kita beritahu pemegang saham syarikat kita rugi kerana pasaran dunia atau syarikat yg kita labur juga rugi. Keputusannya CEO kena pecat. Apa bezanya Seroang PM dgn CEO? PM mentadbir sebuah negara, kalau rakyat susah, PM bertanggung jawab. Alasan bodoh yg nak bodohkan rakyat, seolah2 rakyat ini semuanya bodoh ke? Sebab itu tidak ada cara lain melainkan kalau PM tidak mampu mentadbir dan mengurus negara lebih baik letak jawatan dari menunggu kena guling. Para2 penyokong UMNO BN juga memainkan peranan yg penting sentiata berfikiran positif bukan menyokong membabi buta kerana isu yg dibangkit adalah dari pembangkang. Penyokong2 UMNO BN juga kena menjadi pembangkang dalam kerajaan, barulah ketua kerajaan atau PM terasa tidak senang kalau buat perkara yg melibatkan kesusahan rakyat, bukan sahaja rakyat PR yg susah rakyat UMNO BN juga susah. Di mana letak otak kalau ini pun penyokong UMNO BN tak boleh berfikir? Jadilah Melayu yg terbuka bukan Melayu yg bersifat dengki, sakit hati, busuk hati. Melayu kalau nak maju mesti keluar dari menteliti kelas dunia ketiga, kalau tak boleh keluar sila keluar dari Malaysia pergi jauh2 ke benua Afrika yg sesuai dgn menteliti Mugabe, Zimbabwe atau sewaktu dgnnya.
No comments:
Post a Comment