Monday, 16 December 2013

RAKYAT KENA TIPU LAGI

Sabtu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata sudah tiba masanya kadar tol dinaikkan memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011. Ini samalah juga dengan kenaikan tarif elektrik, alasannya minyak naik, gas naik dll. Di sebalik kenaikan ini tidak pun disebut perjanjian IPP dengan TNB yg terpaksa tanggung biawak hidup selama konsesi itu hidup!.Apa lojiknya perjanjian yg menyusahkan rakyat mesti dilaksanakan? Kalau syarikat konsesi itu rugi adalah lojiknya, tapi penguna lebuhraya bukan semakin kurang malah lebuhraya sekarang telah menjadi jalan utama, penguna terpaksa berbaris untuk bayar tol yg berjem berjam2 waktu kemuncak, itu bukankah untung. Perjanjian boleh disemak semula bukan disemak untuk naikkan tol tapi disemak kalau konsesi boleh untung dalam waktu terpendek maka gunakanlah kuasa menteri untuk membatalkan konsesi itu lebih segera, ini baru pentingkan rakyat. Untuk apa tol mesti dinaikkan sedangkan syarikat konsesi untung berlipat kali ganda. Inilah yg dikatakan kerajaan rakyat didahulukan, ketirisan kebocoran dalam lapuran ketua audit negara tak pernah pun dibahaskan dalam perhimpunan UMNO kenapa? Adakah kebocoran yg berbilion RM ini perkara kecil sedangkan kalau kebocoran ini dapat dibaiki berapa banyak RM dapat diselamatkan dan salurlah penjimatan ini kpd rakyat dengan tol percuma, PTPTN percuma. Rakyat yg telah menyokong UMNO BN dalam PRU 13 lepas telah diperdayakan oleh pemimpin2 mereka sendiri, lihat sekarang adakah penyokong2 UMNO BN tidak ada yg gelisah dgn kenaikan tol, minyak, elektrik, gula. Apakah penyokong2 UMNO BN tidak ada akal untuk memikirkan beban hidup ini semua?

No comments:

Post a Comment