Friday 20 December 2013

MAKMAL KAJI BARANG NAIK

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mendengar keluh-kesah rakyat terutama berkenaan kenaikan kos sara hidup. Beliau menegaskan kerajaan sentiasa mencari formula sesuai untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka. Dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, Najib berkata pada masa sama, kerajaan juga perlu memandang ke hadapan demi memastikan ekonomi negara terus mampan. "Disebabkan itu, kerajaan bersetuju menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu)," katanya. Beliau menjelaskan makmal itu bertujuan mengkaji serta merangka langkah susulan untuk meringankan beban rakyat dalam mengharungi masalah kenaikan kos sara hidup. KOMEN PM: Saya dengar keluh kesah rakyat Sebagai PM Malaysia, setiap tindakkan mesti berdasarkan dalil yg lojik. Begitu juga dgn hujah seorang Islam wajib berpandukan kpd Al Quran dan hadith, tidak boleh keluarkan hujah dari hasil fikiran sendiri untuk membuat formula, keputusan atau lain2 yg berkaitan Islam. Dalam hal kenaikan sara hidup, formula yg sebenar, sebagai seorang PM kalau seorang yg pandai, cerdik dan bijak ialah pertama bagaimana harga2 barang keperluan boleh dikawal dgn kos paling minima. Untuk merealisi formula ini PM itu sendiri wajib ada fikir seperti fikir Khalifah Umar Abd Aziz. Kalau PM itu sendiri tidak boleh berjiwa rakyat masakan boleh cari formula untuk rakyat!. PM yg baik ialah PM yg tidak ujudkan masalah kpd rakyat. Rakyat selesa dapat amalkan Islam kerana PM itu sendiri menjiwai Islam dalam kehidupan. Untuk mengamalkan Islam 100% tidak memerlukan modal wang, hanya bermodalkan ilmu dan amal. Apa kaitan Islam dgn harga barga barang? Soalan yg sama apa kaitan Islam dgn politik? Nabi Muhammad saw dan para sahabat termasuk Khalifah Umar Abd Aziz contoh yg paling ideal sepanjang zaman, mereka adalah seorang ketua kpd rakyat kalau sekarang kita panggil pelbagai gelaran, raja, perdana menteri, presiden dan sebagainya. Semua ini adalah orang politik. Politik tidak kotor tapi manusia yg berpolitk menjadikan politik kotor. Dalam bahasa Inggeris Politics(tidak ada singular atau plural sebab itu guna is) is a science of rule. Kuasa politik mesti ada untuk memerintah, tanpanya tidak ada kuasa untuk jadi pemerintah. Kalau ada pemimpin Islam kata politik dan Islam tak boleh bersama, itu pemimpin bodoh bin bahlol. Tak faham istilah. Biasanya makmal tempat menguji sesuatu ciptaan atau projek bagi menentukan ciptaan atau projek itu boleh berfungsi atau tidak. Tidak ada manusia yg cerdik lagi bijak, naikkan harga barang dulu kemudian hantar ke makmal buat kajian. Ini kerja bodoh dan bangang.

No comments:

Post a Comment