Friday, 13 December 2013

AJAR DIRI SENDIRI BERJALAN LURUS

Kepimpinan Pas menyifatkan pendedahan yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mensabitkan orang nombor dua parti itu pengikut Syiah adalah tidak kuat. Kita sibuk dgn syiah, berbahas, memfitnah, mungkin saman menyaman, adakah ini boleh selesai fahaman ahli sunnah wal jemaah. Kita kata kita ahli sunnah wal jemaah dan pengikut imam Shafei, kalau kita tanya adakah kita ini betul2 beragama Islam, beriman dan bertaqwa kpd Allah swt?. Adakah kita akan jawab penuh yakin yg kita ini benar2 seorang Islam yg tulin? Beranikah sesiapa sahaja yg berani tampil ke depan mengatakan "ya" saya seorang Islam yg tulin. Sebelum itu tanya diri sendiri jangan tanya orang lain kerana orang lain mungkin 2x5, 5x2 dgn kita. Soalan2 ini perlu dijawab, kita ambil bab solat, adakah kita ini sedang menghidupkan sunnah Nabi saw, ia itu solat diawal waktu di mana azan diazankan serta berjemaah di masjid di surau?, kalau ini pun masih lemah, jangan lah hendak mengaku dah Islam, sebagai pemerintah, adakah pemimpin2 sedang mengamalkan ajaran Islam yg tulin, apakah tugas pemimpin2? menyatukan ummah bukan memecah belahkan ummah, kalau sebagai pemimpin2 yg sedang memerintah sekarang ia itu UMNO, apakah peranan UMNO menyatukan ummah? yg kita nampak dalam UMNO sendiri perbagai fahaman termasuk Kristian di Sabah, ramai2 ahli2 UMNO Kristian, bagaimana UMNO boleh menuduh PAS ramai syiah sedangkan dalam UMNO ramai Kristian? Itu bab Kristian, bagaimana bab fahaman sesat lain seperti muktazilah? Bagaimana kita nak kata kita dah Islam sedangkan Masjid2 surau2 masih sunyi dan ini menandakan Islam masih mundur semundur orang2 Melayu. Bila masjid2 surau2 penuh dgn jemaah solat fardhu setiap waktu, itu menandakan Islam sedang berkembang, Melayu semakin bersatu, fahaman sekular semakin pupus, semua orang sedang kembali ke ajaran Islam tulin. Apakah tindakan atau usaha2 pemimpin2 UMNO untuk menghidupkan masjid2 surau sekarang, tidakkah pemimpin2 UMNO ada fikir Nabi saw. Banyak perkara2 lain seperti kemungkaran, judi, arak, maksiat dalam bentuk sukan, hiburan yg UMNO gagal membasmikan, adakah UMNO seperti seekor ayam jantan, berkokok tapi ekor berlumuran tahi? UMNO wajib selesaikan masalah ummah dahulu sebelum hendak membetulkan diri orang lain jangan seperti ketam mengajar anak berjalan lurus sedangkan diri sendiri pun jalan mengengkang! Bangkai gajah seberang lautan nampak, bangkai beruk tepi mata mata, dahlah tak nampak, bau bangkai pun tak berbau, inilah yg dikatakan dalam alQuran, mereka yg pekak, bisu dan buta, maksudnya malapetaka yg sangat dahsyat yg Allah swt campakkan ke dalam hati, sehingga menyebabkan mereka menjadi sehina2 malah lebih teruk dari binatang ternakan. Syaitan telah berjaya dalam visi dn misi menawan hati2 yg busuk hati! Oleh itu sedar diri dan bertaubat nasuha dan mengaku selama ini bukan kebenaran yg ditegakkan tapi tipu daya syaitan, kebathilan yg sedang diperjuangkan.

No comments:

Post a Comment