Thursday, 19 December 2013

TNB BELANJA BESAR?

Kita tak nafikan kos apa saja tidak akan mendatar setiap tahun. Motosikal buruk pun kos selengaraan dan alat gentian sentiasa meningkat, begitu juga kos selengaraan kereta tambah2 lagi kereta proton, kononnya kereta Malaysia yg paling murah! alat gentian siapa yg guna kereta jenis ini tahu kualiti dan harga servisnya mak datuk mahal dan boleh tahan 12 tahun pula tu! Semua ciptaan manusia perlu kpd selenggaraan, alat ganti dan lain2 lagi. Lagi besar kereta lagi besar kos senggaraan, semua sendiri bayar sdn bhd. TNB tidak dapat lari dari kos2 ini dan kos ini rakyat faham. Yang rakyat tak faham kenapa syarikat konsesi IPP ini ujud tapi tak dapat bantu TNB malah tenaga TNB pun masih banyak tak terpakai dan IPP menjual kpd TNB dgn harga yang lebih mahal dan kos ini pengguna mesti tanggung? Ini yg rakyat tak faham, Lagi rakyat tak faham dahlah untung RM4.6 bilion, apa lojiknya tariff elektrik dinaikkan sedangkan kos nak tukar itu ini bukannya dibuat dalam satu tahun shj, ianya dilakukan berperingkat2 selama beberapa tahun. Adakah kos nak lakukan untung RM4.6 nak dihabiskan RM4.6 tahun depan! TNB sudah ada pelan jangka masa panjang dan kos untuk buat kerja ini. TNB membelanjakan sekitar RM6 bilion hingga RM 7 bilion setiap tahun untuk perbelanjaan modal dan penyenggaraan infrastruktur, berbanding keuntungan direkodkan tahun ini sebanyak RM4.6 bilion.Pelik dan adakah benar? RM19 bilion yg bayar ke IPP setiap tahun tu datang dari mana? Kalau tahun lepas dah buat untung RM4.6, tahun ini kalau tak sama pun sekurang2 berbilion juga. tak pernah ada lapuran TNB rugi, kalau rugi rakyat kata yg buat rugi tu mungkin CEO bangang bin benggang! TNB mesti jelaskan perjanjian terperinci dgn IPP.untuk puaskan hati rakyat. Selagi tidak dijelaskan perjanjian ini isu ini tidak akan selesai. Kenapa kerajaan takut untuk dedahkan perjanjian ini? Adakah perjanjian ini sulit, biasanya yg sulit itu nak berahsia dgn rakyat kerana perjanjian berat sebelah? Kerajaan mesti jadi jantan, kalau tidak pondanlah jawabnya.

No comments:

Post a Comment