Saturday, 7 December 2013

APA PUNCA KENAIKAN TARIF ELEKTRIK

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK DAN MINYAK(PETROL & DIESEL) SIAPAKAH YG PATUT DISALAHKAN TNB ATAU PETRONAS? JAWAPANNYA; KERAJAAN UMNO BN. Fotostat kenyataan ini, simpan elok2 di tempat cerah dilihat atau laminet sehingga PRU 14 tahun 2018. Kalau tak simpan elok2 nanti lupa, Melayu mudah lupa kata Dr. M! Ini juga untuk semua bukan penyokong PR sahaja termasuk penyokong UMNO yg masih dulu kini selama2nya ngok! IPP atau pengeluar tenaga bebas ditubuhkan oleh Dr. M zaman beliau memerintah dahalu selepas blackout tahun 1992 yg menyebabkan 2 hari semua yg guna elektrik lumpuh. Dr. M berpendapat TNB tidak tidak berapa strategic atau berkesan, solusinya tubuh IPP supaya lebih konpetitif. Rakyat tak tahu apa yg tersirat dgn alasan ini dan blackout itu sendiri pun ada soalan tak terjawab, mungkin kena tubuh Suruhan Diraja kut untuk membongkar rahsia yg sehingga sekarang menjadi hujahan tak berkesudahan sehingga rakyat terpaksa tanggung beban kos bila tariff elektrik dinaikkan. IPP juga dapat kemudahan menarik selain dari jaminan harga yg selamat, maknanya harga jual kpd TNB tak boleh diganggu, ini adalah dalam perjanjian. Petronas pula diarah menjual gas dgn harga subsidi kpd TNB dan kerajaan UMNO BN bayar subsidi setiap tahun sebanyak RM19 bilion. TNB diarah beli tenaga lebih tinggi dari yg dikeluarkan sendiri oleh TNB Ini menyebabkan TNB menjadi mangsa dari segi kos operasi, kena tanggung biawak hidup. Masa itu Tan Sri Ani Arope jadi Pengerusi Eksekutif TNB, beliau didesak tandatangan perjanjian berat sebelah ini, beliau enggan akhirnya letak jawatan. Tahun 2005 TNB menghabiskan 40.5% membeli tenaga dari IPP, ini menyebabkan kos operasi terjejas. Untuk mengatasi kos ini TNB terpaksa naikan tariff kpd pengguna. Di Thailand, pengeluar tenaga terpaksa membeli bahan api di pasaran terbuka, tapi jual lebih murah dari IPP jual kpd TNB! Ini menunjukkan skim IPP di Malaysia penguna terpaksa bayar kos ke TNB dan kos ini TNB pula bayar ke IPP. Berniaga kelabu asap betul! Siapakah IPP? Genting Sanyen, YTL Power, Malakoff, SEV,Prai Power, Powertek, GB#, Tanjung Bin Power dan Kapar Energy. TNB Siapa pula pemegang stesen penjana tenaga ini? Keluarga Genting Lim , Framcis Yeoh, Syed Mokhtar Albukary dan Ananda Krishnan. Tahun 2010 Francis Yeoh YTL untung ?RM1.6 bilion, Ananda Krishnan Powertek untung RM1.34 bilion, Malakoff RM380 juta dan lain lagi, semua untung. Isu kontrovesi: TNB dikilas tangan dalam temuramah Starbiz, Jun 2006, bekas pengerusi TNB TS Ani Arope kata perjanjian tak adil. Pada masa itu tahnn 2006, TNB mampu caj pada kadar 17 sen se unit tapi terpaksa caj penguna tak kurang 30 sen se unit. Sekarang 7 tahun berlalu, paling banyak kalau diambil kira kos bahan2 api kalau ambil kenaikan 50% dari 17 sen se unit baru 25 sen se unit, bukan seperti yg akan dinaikan tahun hadapan 2014 kpd lebih dari 38 sen se unit. Ini bermakna dalam masa 7 tahun tariff elektrik naik lebih dari 100%, incredible hulk sungguh! Menurut Ani lagi sebenarnya tiada perbincangan yg berlaku dgn EPU economic planning unit tapi dimalukan dihamun saja, suruh terima saja perjanjian yg berat sebelah. Ani tak mahu sign dan terus berhenti pada tahun 1996. Yg lagi pelik tapak yg sepatutnya TNB punya jadi IPP punya! Mengikut stastik TNB, TNB mempunyai tenaga lebihan pada tahun 2011anggaran 52.7%, kenapa perlu IPP? Adakah blackout pada tahun 1992 itu sebenarnya TNB kekurangan tenaga elektrik atau ada udang di sebalik mee segera? Lagi nampak peliknya kemudahan TNB di arah tutup dan kemudahan IPP digunakan sehingga 35% untuk membekal tenaga, mungkin untuk menampakkan IPP ada buat kerja kut! tutuplah makan gaji buta! Itulah cerita TNB, rakyat nak marah TNB lagi ka? Petronas nasib baik rakyat tak marah, sepatutnya rakyat marahlah macam marah TNB, kenapa marah kerajaan UMNO BN. Sebenarnya rata2 rakyat kurang maklumat dan kurang ambil tahu, yg tahu makan tidur sudah, yg lain tu bukan aku punya kerja, tapi mengundi UMNO BN siapa punya kerja?

1 comment:

  1. MEngapa kilang arak/judi/rumah urut/kilang2 maksiat masih bertapak kukuh di Selangor?

    ReplyDelete