Sunday, 22 December 2013

MALAYSIA AKAN BANKRAP 9 TAHUN LAGI?

Rakyat dikelirukan dgn berita palsu di TV, akhbar dan lain2 media elektronik. Kerajaan pimpinan PM Najib, katanya pelabur2 asing sedang berlumba2 melabur di Malaysia. Pendapatan negara bertambah dgn bertambahnya ekspot barang2 komoditi utama, menarik pelajar2 asing menimba ilmu, Malaysia menjadi hab ilmu, semua kemudahan ada, malah yuran pelajar2 asing di U swasta cukup mahal tapi mereka yg datang semuanya kaya2, PTPTN pun begitu juga bukannya murah, cukup mahal semahal kereta buatan Malaysia tapi boleh bertahan bawah 12 tahun saja! Rezeki semakin bertambah dgn adanya minyak, gas asli. Pendapatan tahunan minyak dan gas saja berbilion RM. Kalaulah berita hebat2 ini yg melunjak Malaysia di antara yg termaju dari segi teknologi dan sainsnya seperti yg dipuji oleh semua negara termasuk negara Arab, imam masjid Mekah sendiri memuji Malaysia, hanya singgah sebentar di KL pun boleh memuji meleleh di bawah PM Najib, bolehkah Malaysia boleh bankrap kerana terlalu banyak beri subsidi kpd rakyat? 9 tahun lagi kalau subsidi tak ditarik semua, Malaysia akan bankrap! Bagaimana pentadbiran dan pengurusan UMNO BN berhubung dgn keborosan dan ketirisan dalam lapuran ketua audit negara yg berbilion RM lesap? tidakkah ini salah punca bankrapnya Malaysia. Pengaliran keluar wang haram oleh mereka yg kaya raya, rakyat kampong mana ada wang nak buat kerja ini, semuanya pastinya diperiingkat menteri dan kroni2, ditambah pula Malaysia tempat longgokan pekerja asing sama ada PATI atau ada permit seperti ptojek IC, mereka yg bertanggung jawab dgn menjaga negara, imigresen, kastam, polis, SPRM dll yg buat kerja kongsi gelap? Apakah rakyat begitu mudah menghadam dengan alasan apa saja yg dikatakan oleh PM dan menteri2 untuk merealisasi apa saja tindakkan tak bertanggung jawab mereka untuk menaikkan tariff elektrik, minyak, gula, tepung, tol, dll? Inilah pemerintahan yg rakyat angkat sekarang. Mereka bukan berjiwa rakyat, tapi mereka mengugut rakyat dgn alasan bodoh supaya rakyat akhirnya mesti terima apa saja kerajaan lakukan yg kononnya untuk mengelak Malaysia dari bankrap. Anda sebagai rakyat kalaulah tidak mengunakan fikiran matang, anda sebenarnya sedang diugut untuk berkata “YA” apa saja yg kerajaan buat untuk kebaikan rakyat! Oleh itu insaflah wahai rakyat terutama Melayu, kerana Melayu mudah lupa dan Melayulah yg paling selekeh dari segi ekonomi, Islam dan lain2 bidang. Laungan hidup Melayu wajib bertukar ke hidup Islam.
Ini adalah amaran kerajaan UMNO BN, kita hanya ada dua PRU lagi dan PRU 14 pada tahun 2018 rakyat Malaysia wajib menjatuhkan UMNO BN untuk mengelakkan dari  bankrap seperti yg digembar gemburkan oleh mereka yg telah jelas gagal menguruskan dn mentadbirkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment