Monday, 9 December 2013
MASA DEPAN MELAYU DAN ISLAM
Dalam Melayu sibuk berpolitik, serang menyerang antara satu sama lain, isu yg hangat seperti muzakarah perpaduan antara PAS dan UMNO rancak dibincangkan di TV, akhbar, yg terlibat para DR, falsafah dan para cediakawan yg pandai, cerdik, bijak dan tak lupa yg bodoh bahlol bangang masing2 perah otak mengeluarkan hujah, Melayu dan Islam duk macam tu lah tak berkembang maju malah semakin mundur.
Orang bukan Islam semakin bertapak kukuh mempergunakan pemimpin2 Melayu yg jahil Islam dan mata duitan dgn menganggok ngok kepala kpd apa saja tuntutan mereka. Demokrasi menjadi alat mengugut pemimpin2 Melayu yg terdesak mempertahankan kuasa sehingga tak disedari mereka menjadi penghianat Melayu dan Islam. Inilah senerio politik Malaysia, sama ada siapa sedang memerintah atau pembangkang selagi demokrasi ujud, disamping pelbagai bangsa dan agama maka siapa kuat dgn wang akan menguasai segala2nya. Melayu dan Islam terpinggir kerana mereka yg jadi pemimpin2 bukanlah orang yg beriman lagi bertaqwa kpd Allah swt.
Jika sekiranya projek “spiritual tourism” atau pelancongan kerohanian yg berbentuk syirik moden di Gambang Kuantan Pahang menjadi kenyataan maka bermulalah keujudan zaman jahiliah sebelum kelahiran Nabi Muhammad saw. Soalannya apakah pemimpin2 Melayu Islam termasuk raja terlibat dgn projek yg besar ini yg melibatkan 500 ekar lebih besar dari KLIA dan akan memakan belanjar RM10 bilion ini dan akan menempatkan semua agama kecuali Islam.
Apakah semua umat Islam akan membisu melihat Malaysia akan menjadi pusat pelancong syirik terbesar di dunia? Inilah satu cabaran umat Islam yg paling utama dan terbesar di abad ini. Kalau tak dicegah akan menjadikan Malaysia, negara Cina ketiga selepas Singapura. Adakah pemimpin2 UMNO sekarang berpeluk tubuh saja melihat gejala murtad ini berkeliaran disekeling Melayu, jawapannya pemimpin2 Melayu semakin dayus dan tidak layak untuk meneruskam pemerintah yg diamanahkan oleh Allah swt. Hidup UMNO bermakna kesyirikan kpd Allah swt semakin tak terkawal. Bala sedang turun mencurah2 seperti air hujan turun ke bumi. Oleh itu Melayu jangan menganggap Malaysia sudah selesa dan boleh tidur nyenyak sehingga khiamat? Allah swt berfirman dalam al Quran, mereka yg engkar dgn amaran Allah swt, maka tunggulah azab yg pedih lagi dahsyat menimpa mereka, Siapakah mereka itu, Jawapannya sudah tentu Melayu kerana Malaysia adalah Melayu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa peranan anda? keyboard worrior? pergi la berdakwah.......jgn berani di depan PC sahaja
ReplyDelete