Wednesday, 1 January 2014

SUBSIDI PUNYA NEGARA BANKRAP?

Apa kena mengena potong elaun menteri dgn harga barang naik? Golongan menteri dan JUSA ke atas ini pendapatan mereka berapa? yg dipotong hanya elaun bukan gaji. Elaun 10% banyak mana dapat sumbang kpd ekonomi Malaysia? Harga barang naik ini soal dgn rakyat miskin pertengahan yg gaji minimum RM900. bagaimana pula rakyat miskin di kampung2 yg tiada bergaji? Adakah kerajaan UMNO BN sekarang sudah di peringkat nyayok, ubat penawar apa yg sedang diuji? Rakyat hendak kerajaan berhenti menaikkan itu ini sesuka hati, mesti memikirkan apa saja keperluan harian rakyat, walau pun terpaksa diberi subsidi, itu adalah wajib bagi kerajaan yg dipilih oleh rakyat. Kerajaan dipilih oleh rakyat dimandat supaya memerintah dgn menguruskan kepentingan rakyat bukan mendera rakyat. Kalaulah ini kerajaan yg ada lebih baik kita gulingkan dan pilih yg bar...u yg lebih baik. Ini adalah tanggung jawab rakyat, bila melihat kerajaan yg ada menyusahkan semua rakyat mesti bersatu hati buat keputusan, kalau salah tetap salah. Apa yg berlaku sekarang perkara yg salah dianggap betul kerana nak mempertahan parti yg kononnya betul, sedang penyokong parti itu sendiri pun hidup dalam keadaan miskin, akhirnya UMNO jadi parti tupperware! Subsidi adalah istilah universal dan tafsiran juga terlalu subjektif. Kalau ikut subsidi secara umum adalah bantuan untuk meringankan beban rakyat kerana kenaikan harga barang dunia. Ini adalah tanggung jawab kerajaan untuk memberi subsidi supaya barang tak jadi terlalu mahal. Adakah subsidi ini boleh menyebabkan negara bankrap? Yang boleh membuat negara bankrap subsidi itu dimanpulasikan atau terdapat unsur penyelewengan yg tidak berfungsi sebagai subsidi tapi lebih kpd putar belit mereka yg terlibat atau yg bertanggung jawab mengendalikan subsidi, serupa subsidi baja kpd pesawah, tukang beri subsidi pun ada masyuk, pesawah sendiri jual baja subsidi pun ada. Inilah puncanya subsidi jadi kebocoran dan ketirisan seperti lapuran ketua audit negara. Apa yg sebenar menjadi barang naik? kalau bukan komisen bertambah naik, bantuan pilihan raya bertambah naik dgn projek mee segera, yg peliknya harga gula menjadi gila turun RM1 semasa PRK Sg Limau, sedangkan harga sebelum ditarik subsidi RM1.60! UMNO BN kalau tak tau memerintah serahkan kerajaan kpd PR, itu saja jalan nak selesai masalah rakyat.

No comments:

Post a Comment