Saturday, 30 November 2013
TANDA2 KHIAMAT TELAH HAMPIR
Iman dulu ke ilmu dulu? Ada orang kata ilmu dulu dan ada orang kata iman dulu. Kalau ikut sejarah Nabi saw, iman datang dulu kemudian diikuti oleh ilmu. Tugas ilmu memandu manusia ke arah iman yg mantap. Ini bermakna berilmu belum tentu beriman,
Saidina Abu Bakar as sidek r.a, beriman dulu kemudian ilmu datang untuk meningkatkan iman. Begitu juga di barat ramai cerdik pandai Islam, tapi tak Islam. Ilmu Islam dijadikan modal untuk mendidik supaya bila dapat PhD boleh pulang ke tanah air untuk menyesatkan umat Islam atau jadi agen Yahudi, Kristian musuh dalam selimut.
Al Quran dan hadith itu jelas dan tafsirannya yg dibuat oleh ulama dulu juga jelas. Bila hati manusia mula tertarik dgn nikmat dunia, saat itu tafsiran Al Quran dan hadith mula diputar belit , maka ujudlah kaum munafik dan ajaran sesat, seperti syiah, mutakzilah, jabariah, kadariah, cabang 72 gulungan yang sesat, 1 gulungan ia itu ahli sunnah wal jemaah, malangnya dalam ahli sunnah wal jemaah terdapat juga mereka yg sesat!
Perpecahan ini bukan terdapat hanya dalam bangsa Melayu saja, sejarah telah berlaku di zaman Nabi saw sesama bangsa berperang bukan kerana bangsa tapi kerana Islam dan kafir.
Apakah punca PAS dan UMNO tak boleh bersatu? Kerana fahaman telah bercampur baur dengan sekular, maka sekular menang. Itulah punca utama. UMNO kata mereka menegakkan Islam dgn dirikan masjid dalam masa yg sama judi, arak dll maksiat dipandang sebagai fenomena negara maju. Fenomena negara maju yg di asaskan atas dasar bukan Islam sememangnya begitu tapi malang umat Islam tidak sedar sebagai orang Islam, kemajuan wajib ikut acuan Islam. Adakah sains dan teknologi tidak boleh dimajukan dengan berpakaian jubah dan seban? Mestikah kemajuan itu mesti ikut cara bukan Islam? Umat Islam terperangkap dgn ideology? Begitu juga parti yg orang Islam menjadi pengasasnya, Sukarno parti kuminis, PRM parti socialis sedangkan mereka mengaku Islam, adakah iman mereka Allah swt terima?
Umat Islam setengah masak, pengaruh sesat mudah diserapkan, tapi malang ulama yg berilmu keliru dalam bab ini, inilah yg menyebabkan sebelum mereka dihina oleh Allah swt, manusia mendahului menghina mereka. Rakyat yg beragama Islam ramai dan mereka yg mendapat taufik dan hidayat dari Allah swt pun ramai, mereka nampak mana kebaikan dan yang mana kebathilan, maksudnya bukan semua seperti lembu dicucuk hidung! Kejadian telah banyak berlaku, tapi manusia tidak belajar dari kesilapan, berapa ramai ulama yg bercakap melawan arus diketepikan oleh rakyat, cari makan, itu menandakan tanda2 khiamat telah hampir. Bercakap benar, jadilah ulama sebagai pewaris Nabi saw bukannya ulama cari makan dengan Ilmu.yg ada. Kehidupan dunia yg sementara, akhirat kekal abadi, pintu bertaubat sentiasa terbuka, begitu juga pintu ke arah kebaikan sentiasa terbuka, sesiapa saja sama ada pemimipin2 sehingga rakyat, ingat pesan Nabi saw, tujuan hidup bukan jadi hamba dunia tapi hamba Allah swt. Sesungguhnya ramai ahli neraka terdiri dari ulama yg jahat lagi menyesatkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment