Bila kita telah dewasa masuk alam warga emas, kenangan demi
kenangan terlitas sama ada masa nak tidur atau masa duk saja2 berangan semasa
memandu jarak jauh lebih2 lagi dilebuhraya yg lurus, pecut lebih dari 140kmj
itu perkara biasa sehingga ada nama gambar “kemera” itu pun bila dah selalu
kita lalu jalan itu dah tau kat mana ada kemera betul atau hanya papantanda
kemera tipu sehingga beberapa km tak nampak pun tiba2 pula papantanda gambar
lembu. Sejak kes NFC ini di tepi lebuhraya, selang beberapa km ada saja
papantanda gambar lembu, banyak sangatkah lembu NFC ini terlepas sehingga
menyusahkan pengguna lebuhraya!
Bila letih atau lapar singgah di RR, ronda semua gerai
makan, satu pun tak berselera, main lungguk lauk saja, dah lah tu kita tak tau
berapa lama pula lauk itu dimasak, bila cuba ikan goring, keras macam batu, ini
sudah tentu dah berhari2 di kitar semula. Dulu ada kalau anda tak dapat resit,
makan percuma, sekarang langsung tak resit, makan kena bayar juga.
Inilah PLUS Malaysia ,
yg setiap kali kita singgah, bila lama tak singgah maka kita dapati projek
barui tandas atau pasarana lain sedang dibaik pulih, tujuannya untuk keselesaan
anda. Yang kita nampak tandas pun serupa landskap di rumah wakil rakyat yg kaya
raya , mungkin untuk pemandu2 kereta lori bas beristirihat menenangkan fikiran
di tepi2 tandas yg landskapnya mengalahkan rumah2 datuk yg hidup mewah hasil
kencing atas angin! Berapa banyak wang dihabiskan untuk memperindahkan RR ini,
lepas itu naik TOL, si perompak asyik intai apa lagi projek baik pulih tambah
itu ini yg boleh dibuat, itulah kerja mereka yg berkuasa tak habis2 dgn itu ini lagi satu projek kerajaan BN!
Dulu semasa budak2 dulu di tahun lepas merdeka tak ada lebuh
raya, lepas sekolah terus ke KL kerja, lepas tu nak balik kampong naik bas,
maklumlah nak beli motor kereta waktu itu mana ada duit lagi mak bapa miskin,
lainlah budak2 sekarang mak bapak kaya, pi sekolah pun dah naik motor masuk U
mak bapa beli kereta, nasib bertambah baik kerana mak bapak dah moden hidup
dipenuhi hutang disekeling pinggang kerana tak cukup gaji, sedangkan dulu hanya
guna tikar mengkuang motor cup cai pun mahal hanya yg mampu basikal peninggalan
orang tua yg cat dah berbelang dgn karat, sekarang dirumah PPRT pun dah parkir kereta
bermata belalang! Hidup biar bergaya, biar papa asal bergaya bukan harta kita
harta pak mentua, habis harta pak mertua, jadilah papa kedana, mulalah buat
bisnis cerita berjuta2 bila ada peluang masuk UMNO kencing sana sini, sekarang
bukan masa masuk UMNO, yg dah duk ada dalam UMNO itu pun serupa anjing dgn
kucing masing2 bercakaran rebut projek, itulah yg terjadi bila kita hendak
menuju tahun kesayangan Dr M 2020 negara maju rakyat berpendapatan tinggi,
Hidup Melayu!
No comments:
Post a Comment