Ramai cerdik pandai bertaraf Profesor. yg jelas mereka
adalah pro UMNO, memberi pelbagai alasan. Antara alasan yg popular ialah PAS
mesti memberi penerangan dahulu kpd masyarakat kerana takut bila hudud
dilaksanakan masyarakat tak faham dan ini akan menimbul kekeliruan.
Mereka ini prof. bertaraf kangkong kerana ilmu tinggi tapi
kurang akal terutamanya akal yg boleh digunakan untuk memahami hudud. Malaysia telah
merdeka 56 tahun dan kita tak pernah lagi tukar kerajaan melainkan kerajaan
UMNO dari mula merdeka.
Hudud ini bukanlah undang2 baru ianya telah berumur lebih
dari 1400 tahun dan melalui pelbagai cabaran semasa selepas kewafatan Nabi saw.
Hari ini kita bertuah menjadi umat Islam yg di dalamnya penuh barakah, nikmat
iman. Malangnya ada umat Islam tidak menghargai sebagai umat Islam. Dalam masa
yg sama mereka memerlukan Islam dan dalam masa lain mereka memerlukan syaitan
untuk menyelesaikan masalah.
Kalaulah mereka yg merasai Islam itu tak betul, seperti bab
hudud itu, yg pada anggapan mereka perlu kpd penerangan yg jelas, yg jadi
soalannya apakah selama hari ini UMNO tak nampak nak beri penerangan sehingga
isu ini ditimbulkan olah PAS. Kenapa pada mulanya UMNO bukan menentang tapi
menangguhkan kemudian nampak seolah menyokong dan dalam masa yg sama berpura2
kerana situasi yg tertekan.
UMNO semakin lemah untuk mendapatkan sokongan Melayu malah
semakin hari UMNO semakin lemah disebab isu semasa contohnya GST, kehilangan
MH370, hudud yg menyebabkan Melayu dan bangsa2 lain merasa syak UMNO BN semakin
nampak tidak jujur dan amanah.
Prinsip semula jadi manusia yg mahu kebenaran dan keadilan
tapi malangnya UMNO sepatutnya insaf dan perbetulkan kelemahan dan kesalahan
tapi gagal mengaku kelemahan tapi
berpura2 dgn sifat nampak insaf tapi penuh dgn niat jahat supaya PAS masuk
jerat mereka.
PAS diingatkan supaya jangan layan UMNO ini untuk
selama2nya, PAS mesti teruskan perjuangan tapi sendirian. Masa untuk perpaduan
itu walau pun masih belum tertutup tapi keikhlasan UMNO itu masih jauh dari
boleh dipercayai sehingga mereka betul2 menyokong hudud tanpa beralasan. Mereka
yg bersifat fasik dan munafiq akan bermain dgn kelemahan PAS dan mereka tidak
akan berputus asa sebagaimana syaitan tidak akan berhenti menghasut manusia
sehingga khiamat.
No comments:
Post a Comment