Monday, 2 June 2014

KEMANA ARAH TUJU PAS SELEPAS KETIADAAN TGNA DAN TGHHA?



Pelapis kepimpinan PAS dalam bahaya jika dua tokoh di atas termasuk TG DR Harun Din kembali ke rahmatullah. Adakah penganti yg akan membawa PAS ke arah perjuanganan Islam seperti sekarang? Kita melihat dari segi logiknya PAS ketandusan pemimpin2 yg warak bukan pelawak. Pegangan Islam ahli sunnah wal jamaah yg sebenar masih jauh dihayati. Mungkin kita tak percaya apa yg kita percaya sekarang, ahli2 PAS adalah semuanya asli(ori) dalam pegangan ahli sunnah wal jamaah, tapi adakah kita yakin kita ahli sunnah wal jamaah kalau bab solat pun kita masih lintang pukang tak ikut cara Nabi saw? Siapakah yg berani mengaku akau ahli sunnah wal jamaan tulin? Nak buktikan? siapa di antara kita yg jaga solat, jaga solat di sini bermaksud, solat awal waktu dimana azan diazankan dan berjemaah di masjid atau di surau. Beranikah waktu tengah sibuk bermesyuarat berhenti sebelum solat zohor dan berhenti juga di solat asar? atau teruskan mesyuarat sehingga tertinggal asar atau asar sempadan maghrib?

Perjuangan yg dikatakan mengikut cara Nabi saw tapi sebenarnya perjuangan untuk dunia yg jelas, apakah tidaknya semasa PRK di Teluk Intan calun DAP seorang wanita Melayu Islam tidak menutup aurat dan menolak hudud pun PAS sokong! atas nama PR. Adakah kita terpaksa mengadaikan prinsip perjuangan kita atas nama kawan dalam PR? Kenapa kita tak sokong UMNO yg serupa dgn calun DAP itu? Apakah perbezaan mereka? mungkin kerana UMNO musuk kita, DAP kawan kita, buat maksiat pun boleh tutup mata? Selagi kita masih pura2 dgn perjuangan Islam maka selagi itulah Allah swt tidak akan membantu kita di masa2 akan datang. Kita menentang maksiat kerana hendak menegakkan hukum Allah swt tak kira lawan atau kawan. Pemimpin2 PAS yg akan datang setelah ketiadaan mereka di atas, wajib ada sifat satu alam. Hari ini pemimpin2 PAS ada yg hidup di dua alam. Oleh itu jika sifat2 hidup di dua alam tidak diperbetulkan maka kita akan terus berjuangan, yang menang tetap musuh dan yg kalah tetap PAS dan PR. Oleh itu tekadkan diri sendiri untuk berubah dari sifat2 fasiq dan munafiq ke iman yg sebenarnya. Hanya dgn sifat2 ini, insyaAllah pertolongan Allah swt sentiasa berada dipihak yg benar lagi bertaqwa.



No comments:

Post a Comment