Matinya seseorang anak adam tak kira sama ada raja atau
orang biasa, yg pasti dia telah meninggalkan dunia yg fana ini. Azab yg sama
atau lebih dahsyat atau kuburnya menjadi taman2 syurga bergantung kpd amalannya
semasa hidup. Allah swt tidak membezakan, kalau raja yg zalim dikecualikan dari
azab dan seorang biasa yg juga zalim tetap diazab yg dahsyat tapi Allah swt
pandang siapakah diantara kamu yg lebih bertaqwa dan banyak amalan kebaikan.
Oleh itu pada zahirnya kita lihat, orang biasa dikuburkan dgn cara biasa, tapi
raja2 dikuburkan dgn cara yg paling luar biasa, yg pasti lubung kubur itu sama
ia itu tanah yg berukuran dalam 4 kaki atau lebih. Bila selesai dikebumikan
maka semua sanak saudara sahabat andai, bini yg cantik harta yg banyak akan ditinggalkan
dan kembali kpd kehidupan biasa, yg tinggal sebujur mayat tak kira siapa
rajakah atau orang biasa, yg akan berdepan ialah malaikat yg tidak kenal
pangkat jawatan atau sesiapa saja, jika jawapannya betul maka selamat jika
jwapannya tak betul derita untuk selama2nya tiada penghujung, hidup hanya 70
atau 80 tahun tapi disia2kan kerana keseronokan dunia maka akan menderita untuk
selama2nya.
Inilah disabdakan oleh Nabi saw, orang yg bodoh ialah orang
yg cintakan dunia, orang yg bijak ialah orang yg sentiasa ingat mati dan
membuat persediaan untuk mati.
No comments:
Post a Comment