Kalau saya belajar di USA
kemudian balik ke Malaysia
masuk pembangkang, buat masa ini ialah PR, akan tiba pula BN jadi pembangkang!
Adakah saya boleh dicop sebagai penghianat
kerana tidak mengenang budi, contoh kerajaan beri biasiswa? kononya mengigit tangan yg suatu ketika dulu memberi makan? Kenapa
kita tak kata mereka yg dapat belajar di U seperti UiTM dulu yg sekarang
kebanyakkan mereka sekarang berjawatan menteri dan pegawai2 kanan kerajaan yg
memakan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa itu bukan penghianat kpd
negara dan rakyat dan juga UiTM?
Dengan menjadi wakil rakyat DAP, adakah Melayu itu sudah menjadi
penghianat kpd Melayu dan negara? sedangkan mereka yg jadi perompak, penyamun
dan lanun dari kalangan UMNO sendiri dianggap sebagai wira negara? Kita kena tanya
UMNO, seorang SU bahagian UMNO suatu ketika dahulu dan masih menjadi ahli UMNO,
tiba2 anaknya membuat kejutan dgn menongkah arus ibunya menjadi pembangkang,
apakah ahli2 UMNO seperti ibu itu sendiri melihat UMNO sebagai parti
ketinggalan zaman? Sepatutnya dalam usia lama tapi dah tua, rakyat semakin
bertambah sayang, tapi malang
menjadi datuk yg dicemuh kerana masih tak sedar diri. Masa untuk bartaubat
tidak digunakan sebaik mungkin tapi masih hebat berkeraoke ke sana ke mari!
Bolehkah UMNO BN berubah dgn keadaan semasa? Jawapannya jika
inilah menteliti pemimpin2 UMNO BN yg ada, maka sudah tentu harapan untuk
kembali gemilang, cemerlang akan berakhir dgn temberang!
No comments:
Post a Comment