Bila MAS bersendirian masa itu rugi juga, bila bersaingan
dgn Air Asia, firefly, MAS terus rugi banyak. Soalannya kenapa? Dasar MAS lain
dasar Air Asia lain. MAS tambang mahal kerana arak mahal, Air Asia tambang
murah ada juga arak mahal! Yang mengawal pengakutan udara ialah kementerian
Pengangkutan, segala bentuk dasar mesti dapat kelulusan kementerian, kenapa tak
diseragamkan supaya sama, bermakna kurang persaingan, lagi pun MAS GLC
sedangkan Air Asia Tony Fernandes punya walau pun dah berhad. Apakah dulu semasa
rugi kemudian diambil alih oleh Idris Jala, nampak cerita rugi semain kurang
tapi tak untung juga, tiba2 dinaikkan pangkat jadi menteri dan ditinggalkan MAS
dalam keadaan meraba2 kpd CEO dan pengerusi baru, kemudian tragedy MH370
menghempap MAS maka bertambah2 rugi lagi. Apakah musibahnya syarikat milik
kerajaan ini terus menjunam seperti berakhirnya MH370 di lautan Hindi? Kita
mempunyai PM yg otak bergeliga, transformasinya dijaja ke sana ke sini telah
berjaya merubah suasana ekonomi dari menjunam, sekarang katanya tengah menaik
dgn kenaikan harga2 barang, gula petrol tarif elektrik dn tahun 2015 tahun yg
bertuah GST pula akan dikuatkuasakan, maka bertambahlah “makmur” ekonomi
Malaysia. Kalaulah GLC sekecil MAS dlm banyak2 GLC pun tidak boleh dinaikan
menjadi tak rugi, ekonomi Malaysia
agak2 macam mana pula? Ini mesti Tanya Prof ekonomi, mereka akan membodek terus
membodek, akhirnya Malaysia jadi seperti Greece yg hutang menimbun kerana
pemimpin2 menipu rakyat dan rakyat percaya kpd pemimpin2 sehingga bila mereka
sedar, seluar dalam baju dalam pun kena GST! Adakah rakyat Malaysia terus
tertidur dgn lagu2 sayu tengah malam nyanyian biduan dan biduanita kerajaan
UMNO?
No comments:
Post a Comment