Friday, 30 May 2014

SELAMATKAH KITA DI BAWAH KERAJAAN UMNO BN?



KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun 6 bulan mati dalam keadaan tragis apabila lehernya dipenggal hingga putus dalam kejadian  di tepi Sungai Klang, berhampiran Stesen Kereta Api Lama, Jalan Hishamuddin di sini, malam kelmarin.

Jenayah berat semakin meningkat, menteliti rakyat Malaysia semakin rosak, masalah sosial semakin bertambah, tenaga polis semakin banyak digunakan seiring jenayah yg tidak berkesudahan. Apakah ini negara Islam yg dicanang ke seluruh dunia, Malaysia negara Islam contoh? Tidakkah kita merasa malu, sebenarnya kita menipu diri  sendiri, dunia luar ketawa melihat gelagat pemimpin2 kita yg tidak rasional mengunakan fikiran atau akal, apakah sebagai pemimpin2 Islam yg mengaku Islam faham erti Islam sebenarnya atau hanya bertopengkan Islam sedangkan sifat fasiq munafiq tidak boleh disembunyikan lagi kpd rakyat yg lebih matang dari pemimpin2!

Dunia tidak boleh lari dari kemajuan kemodenan tapi adakah kemodenan itu menyebabkan manusia semakin hilang akal sebagai manusia, adakah kemodenan itu membuat manusia menjadi lebih hina dari binatang sedangkan binatang tidak tahu membuat jenayah sekejam seperti manusia? Apakah kemodenan itu mendorong kita hilang akal, kalau begitu apakah erti kemodenan yg kita bangga2kan tapi memusnahkan akhlak manusia. Semua ini adalah hasil kerja mereka yg mengaku Islam tapi sebenarnya penghianat kpd Islam itu sendiri dgn tidak melaksanakan perintah Allah swt sebenarnya.

Kalaulah begitu jenayah berat yg berterusan, adakah kita merasa selamat hidup di Malaysia negara kononnya Islam tulin, dimanakan yg dikatakan tulin itu? atau hanya mainan politik sekular yg kucar kacir setelah merdeka 57 tahun, siapakah yg gagal membawa rakyat Malaysia ke arah akhlak  mulia? Rakyat dapat menilai setakat mana keberkesanan pemerintahan di bawah UMNO BN. Kalaulah ini tahap keselamatan yg kita hadapi, hari2 penuh dgn jenayah berat, maka apakah pilihan kita seterusnya, masih percaya dan yakin dgn UMNO BN? Tepuk dada tukar selera, beri peluang kpd PR untuk memerintah dan buat penilaian sendiri, jika PR lebih baik maka kita kekalkan PR, kalau PR 2x5 dgn UMNO BN, kita hapuskan kedua2nya dan bersedia untuk berjihad.



No comments:

Post a Comment