Walau pun calun DAP kalah tapi sebagai calun baru yg masih
muda dan tak terkenal mendapat undi hampir 20,000 orang itu satu tamparan hebat
kpd UMNO BN. Calun BN hanya beroleh majariti 238 orang shj dan ini satu
penghinaan terhadap UMNO BN yg telah lama memerintah 57 tahun, sepatutnya mesti
menang majoriti 10,000 orang! Kemenangan majoriti sebanyak ini, sebenarnya
pengidap kanser tahap 4, bila2 masa saja boleh mati kerana kemenangan ini pun
bukan ori, bantuan dari pengundi pos atau lebih kertas undi yg kita pun tak tau
dari mana datang? UMNO BN dalam bahaya, PRU 14 mungkin lebih mencabar untuk
mempertahankan kerajaan yg semakin lemah ini.
Berbalik kita kpd kekalahan DAP, mungkin kalau wakil Cina
sudah pasti menang kerana sebelum ini pun yg mati itu pun dapat majoriti lebih
dari 7,000 orang, masakan kalau dikekal calun yg berbangsa Cina, dah pasti
kemenangan dlm tangan. Orang Cina lebih cerdik dari Melayu. Kalaulah peratus
pengundi itu ke tahap 80% lebih sudah pasti DAP menang. Kekalahan ini berpunca,
tiba2 calun DAP Melayu, kemudian dia telah bercakap melawan arus PAS menolak
hudud, maka atomatik orang seperti saya tak akan keluar mengundi, tapi
pemimpin2 PAS buat pekak badak saja kerana yg mereka pandang ialah kemenangan,
apa calun Melayu Islam tu nak cakap, itu bukan isu yg menyentuh hati, begitulah
iman kita hari ini, yg penting dunia bukan akhirat. Kalaulah ini yg sedang
berlaku, kemungkinan PRU 14 pun Allah swt tak akan bantu PR untuk meraih
kemenangan kerana ada sifat fasiq dan lebih dahsyat sifat munafiq! Apa
perjuangan PAS yg berteraskan dan berlandarkan Islam itu akan digadai kerana
politik dunia? Bagaimana puah Syiah yg menjadi api dalam sekam, bolehkah PAS
terus hidup dipersada politik Malaysia
jika sekira dua orang kuat yg masih hidup TGNA dan TGHH dan TG Harun Din?
Bolehkah Mat Sabu jadi Presiden PAS yg akan datang dan kemana beliau hendak
bawa PAS, ini soalan umat PAS yg mesti difikirkan, bak kata pepatah yg dikejar
tak dapat dan yg dikendong berciciran. Kemanakah hala tuju PAS selepas 3 orang
di atas kembali ke Rahmatullah. Ini juga akan terjadi kpd PKR, yang hidupkan
PKR sekarang ialah DSAI, kemana pula PKR setelah ketiadaan beliau?
Muhasabah dan fikirlah wahai umat Islam PAS dan PR, anda
tidak akan berjaya di dunia dan di akhirat melain dari taat perintah Allah swt
dan ikut cara Nabi saw, lain dari ketaatan itu, tempatnya adalah dlm neraka.
No comments:
Post a Comment