Demokrasi Malaysia
lain dari barat, barat sistem dua parti salih bertukar ganti dan masa jadi
presiden atau PM pun paling lama dua penggal, kemudian akan dipenggal oleh
rakyat. Di Malaysia ada yg jadi PM lebih dari 20 tahun, itu pun dek kerana
tersalah cakap atau bertindak, dapat tekanan terpaksa berundur atas nama beri
peluang kpd orang muda, tapi orang muda taklah juga muda dah duda, tapi lama2 duk
jawatan PM asal muda dah jadi tua, rambut bulu kening dll semua dah putih
sebelum capai umur tua sebenarnya.
Sistem demokrasi ala Malaysia ini juga bagus untuk jadi
produk tahun melawat Malaysia kerana tak putus2 dgn PRK selain PRU, ada saja
dlm setahun MP atau ADUN mati, maka bermulalah kempen pilihanraya yg macam hari
raya, masing2 menampilkan calun yg masing2 kata berwibawa baik UMNO BN atau PR.
Kempen pilihanraya ala Malaysia
ini lain sikit dari di Amerika UK
atau di benua Afrika.
Kempen orang politik di Malaysia
serupa makan nasi dgn sambal belacan, kalau tak ada kutuk menguntuk, fitnah
memfitnah, itu bukan pilihanraya Malaysia mungkin di Afrika!
Jarang dengar calun politik bercakap dlm skop yg lebih
mencabar seperti ekonomi, apa nak buat dgn kemajuan kawasan MPnya, yg kita
nampak siapa menang pun lokang tersumbat, rumah senget, jalan raya kampong berlubang
sana sini, tapi kemajuan jalan ke rumah
JKKKP termasuk halamannya memang turap habis
lepas itu kalau ada baki2 ini sajalah akan digunakan untuk menampal jalan
berlubang2 lain, bila habis saki baki yg
lain2 tu berlubanglah simpan untuk sambut PRU atau PRK yg akan datang. Bila
wakil rakyat mati, maka bermulalah projek mee segera, janji bulan langit akan
dicat semula dan pelbagai lain janji manis mu, lepas pilihanraya yg mana
terbekalai tu nasib kamulah pak pandir! Bukan anak kamu saja mati anak orang
lain pun mati juga!
No comments:
Post a Comment