Wednesday, 30 April 2014

ISLAM ITU TAK AKAN DIREDHAI MUSUH2 ISLAM SEHINGGA KHIAMAT



Hari ini umat Islam terutamanya Melayu Islam yg ada iman cukup risau tentang perkembangan semasa yg terlalu mementingkan kehidupan dunia sehingga amalan Islam yg wajib ditinggalkan. Kesan dari dari perbuatan ini menyebabkan Allah swt tersangat murka sehingga bala dan musibah terlalu banyak diturunkan yg menyebabkan akhlak umat Islam semakin rosak. Kenapa akhlak bukan Islam lebih baik dari umat Islam? Jawapan ini ada hubung kait dgn perjanjian kita dgn Allah swt setelah mengucap kalimah syahadah, sewajib kita patuh segala perintahNya. Gagal bermakna kita telah mungkir janji, mungkir janji sesama manusia pun manusia marah, inikan pula perjanjian kita dgn Allah swt.

Selain dari perlaksanaan hudud, dalam suasana apa sekali pun hudud itu wajib ditegakkan, samalah seperti solat. Tidak ada alasan dan tidak dinyatakan dalam mana2 hadith2 Nabi saw. Nak berhujah bab menolak atau menangguhkan itu tiada dalam hadith Nabi saw. Apa yg kita lakukan sekarang hanyalah mengunakan otak dan akal manusia yg lemah. Dalam bab hukum, ibadat akal tidak boleh digunakan kerana terdapat banyak petintah Allah swt tidak sesuai dgn nafsu manusia, contohnya solat, jiwa manusia tidak suka kpdnya kerana jiwa manusia suka seronok           

Bukan Islam semakin naik tocang dan umat Islam yg berideologi sekular pun sama naik menentang hudud. Siapakah yg patut disalahkan kalau tidak sama2 Melayu yg mengaku Islam!

Kalau semuanya umat Islam di Malaysia mengikut marqasid syariah seperti kata PM Najib, kenapa perlu menjadi munafiq dlm bab hudud? Apakah yg kita harapkan dari UMNO, menegakkan Islam atau menghianati Islam. Ini termasuk para2 ulama yg berdiam diri atau bercakap melawan arus. Semuanya kerana kedudukan pangkat jawatan dan wang!

PAS telah menyusah diri dgn PR yg berbilang bangsa dan agama, lebih malang yg beragama Islam, PAS wajib belajar yakin dgn kuasa Allah swt. Kalau PAS bersendirian dan ditentang oleh pihak lawan, itu lain bab tetapi bila dlm PR sendiri menentang, itu akan menjadi isu musuh  UMNO BN. UMNO BN memang kerja mereka mencari peluang berhujah bodoh sedangkan  sendiri mereka seperti ayam jantan berkokok ekor berlumang dgn tahi! Soalannya beranikah PAS berpisah dgn DAP dan PKR jika isu hudud tak selesai. PAS berhadapan dgn musuh sesama Melayu dan Islam dan bukan Islam. Masalah PAS semakin rumit dan tidak akan berkesudahan walau pun seorang penentang tegar telah mati, satu mati sepuluh pula ganti. Islam agama tunggal yg bertuhankan Allah swt, fahaman lain yg mengaku agama menjadi musuh sejak dari zaman Nabi saw. Kesimpulannya sudah berkurun2 berlalu dan Islam itu sudah melebihi dari 1400 tahun, seolah2 Islam itu agama baru sampai!



No comments:

Post a Comment