Saturday, 31 May 2014

TERKENANG MASA BUDAK2 DULU



Bila kita telah dewasa masuk alam warga emas, kenangan demi kenangan terlitas sama ada masa nak tidur atau masa duk saja2 berangan semasa memandu jarak jauh lebih2 lagi dilebuhraya yg lurus, pecut lebih dari 140kmj itu perkara biasa sehingga ada nama gambar “kemera” itu pun bila dah selalu kita lalu jalan itu dah tau kat mana ada kemera betul atau hanya papantanda kemera tipu sehingga beberapa km tak nampak pun tiba2 pula papantanda gambar lembu. Sejak kes NFC ini di tepi lebuhraya, selang beberapa km ada saja papantanda gambar lembu, banyak sangatkah lembu NFC ini terlepas sehingga menyusahkan pengguna lebuhraya!

Bila letih atau lapar singgah di RR, ronda semua gerai makan, satu pun tak berselera, main lungguk lauk saja, dah lah tu kita tak tau berapa lama pula lauk itu dimasak, bila cuba ikan goring, keras macam batu, ini sudah tentu dah berhari2 di kitar semula. Dulu ada kalau anda tak dapat resit, makan percuma, sekarang langsung tak resit, makan kena bayar juga.

Inilah PLUS Malaysia, yg setiap kali kita singgah, bila lama tak singgah maka kita dapati projek barui tandas atau pasarana lain sedang dibaik pulih, tujuannya untuk keselesaan anda. Yang kita nampak tandas pun serupa landskap di rumah wakil rakyat yg kaya raya , mungkin untuk pemandu2 kereta lori bas beristirihat menenangkan fikiran di tepi2 tandas yg landskapnya mengalahkan rumah2 datuk yg hidup mewah hasil kencing atas angin! Berapa banyak wang dihabiskan untuk memperindahkan RR ini, lepas itu naik TOL, si perompak asyik intai apa lagi projek baik pulih tambah itu ini yg boleh dibuat, itulah kerja mereka yg berkuasa tak habis2 dgn  itu ini lagi satu projek kerajaan BN!

Dulu semasa budak2 dulu di tahun lepas merdeka tak ada lebuh raya, lepas sekolah terus ke KL kerja, lepas tu nak balik kampong naik bas, maklumlah nak beli motor kereta waktu itu mana ada duit lagi mak bapa miskin, lainlah budak2 sekarang mak bapak kaya, pi sekolah pun dah naik motor masuk U mak bapa beli kereta, nasib bertambah baik kerana mak bapak dah moden hidup dipenuhi hutang disekeling pinggang kerana tak cukup gaji, sedangkan dulu hanya guna tikar mengkuang motor cup cai pun mahal hanya yg mampu basikal peninggalan orang tua yg cat dah berbelang dgn karat, sekarang dirumah PPRT pun dah parkir kereta bermata belalang! Hidup biar bergaya, biar papa asal bergaya bukan harta kita harta pak mentua, habis harta pak mertua, jadilah papa kedana, mulalah buat bisnis cerita berjuta2 bila ada peluang masuk UMNO kencing sana sini, sekarang bukan masa masuk UMNO, yg dah duk ada dalam UMNO itu pun serupa anjing dgn kucing masing2 bercakaran rebut projek, itulah yg terjadi bila kita hendak menuju tahun kesayangan Dr M 2020 negara maju rakyat berpendapatan tinggi, Hidup Melayu!



PRK TELUK INTAN



Walau pun calun DAP kalah tapi sebagai calun baru yg masih muda dan tak terkenal mendapat undi hampir 20,000 orang itu satu tamparan hebat kpd UMNO BN. Calun BN hanya beroleh majariti 238 orang shj dan ini satu penghinaan terhadap UMNO BN yg telah lama memerintah 57 tahun, sepatutnya mesti menang majoriti 10,000 orang! Kemenangan majoriti sebanyak ini, sebenarnya pengidap kanser tahap 4, bila2 masa saja boleh mati kerana kemenangan ini pun bukan ori, bantuan dari pengundi pos atau lebih kertas undi yg kita pun tak tau dari mana datang? UMNO BN dalam bahaya, PRU 14 mungkin lebih mencabar untuk mempertahankan kerajaan yg semakin lemah ini.

Berbalik kita kpd kekalahan DAP, mungkin kalau wakil Cina sudah pasti menang kerana sebelum ini pun yg mati itu pun dapat majoriti lebih dari 7,000 orang, masakan kalau dikekal calun yg berbangsa Cina, dah pasti kemenangan dlm tangan. Orang Cina lebih cerdik dari Melayu. Kalaulah peratus pengundi itu ke tahap 80% lebih sudah pasti DAP menang. Kekalahan ini berpunca, tiba2 calun DAP Melayu, kemudian dia telah bercakap melawan arus PAS menolak hudud, maka atomatik orang seperti saya tak akan keluar mengundi, tapi pemimpin2 PAS buat pekak badak saja kerana yg mereka pandang ialah kemenangan, apa calun Melayu Islam tu nak cakap, itu bukan isu yg menyentuh hati, begitulah iman kita hari ini, yg penting dunia bukan akhirat. Kalaulah ini yg sedang berlaku, kemungkinan PRU 14 pun Allah swt tak akan bantu PR untuk meraih kemenangan kerana ada sifat fasiq dan lebih dahsyat sifat munafiq! Apa perjuangan PAS yg berteraskan dan berlandarkan Islam itu akan digadai kerana politik dunia? Bagaimana puah Syiah yg menjadi api dalam sekam, bolehkah PAS terus hidup dipersada politik Malaysia jika sekira dua orang kuat yg masih hidup TGNA dan TGHH dan TG Harun Din? Bolehkah Mat Sabu jadi Presiden PAS yg akan datang dan kemana beliau hendak bawa PAS, ini soalan umat PAS yg mesti difikirkan, bak kata pepatah yg dikejar tak dapat dan yg dikendong berciciran. Kemanakah hala tuju PAS selepas 3 orang di atas kembali ke Rahmatullah. Ini juga akan terjadi kpd PKR, yang hidupkan PKR sekarang ialah DSAI, kemana pula PKR setelah ketiadaan beliau?

Muhasabah dan fikirlah wahai umat Islam PAS dan PR, anda tidak akan berjaya di dunia dan di akhirat melain dari taat perintah Allah swt dan ikut cara Nabi saw, lain dari ketaatan itu, tempatnya adalah dlm neraka.



DEMOKRASI OH DEMOKRASI.....


Demokrasi Malaysia lain dari barat, barat sistem dua parti salih bertukar ganti dan masa jadi presiden atau PM pun paling lama dua penggal, kemudian akan dipenggal oleh rakyat. Di Malaysia ada yg jadi PM lebih dari 20 tahun, itu pun dek kerana tersalah cakap atau bertindak, dapat tekanan terpaksa berundur atas nama beri peluang kpd orang muda, tapi orang muda  taklah juga muda dah duda, tapi lama2 duk jawatan PM asal muda dah jadi tua, rambut bulu kening dll semua dah putih sebelum capai umur tua sebenarnya.

Sistem demokrasi ala Malaysia ini juga bagus untuk jadi produk tahun melawat Malaysia kerana tak putus2 dgn PRK selain PRU, ada saja dlm setahun MP atau ADUN mati, maka bermulalah kempen pilihanraya yg macam hari raya, masing2 menampilkan calun yg masing2 kata berwibawa baik UMNO BN atau PR.

Kempen pilihanraya ala Malaysia ini lain sikit dari di Amerika UK atau di benua Afrika.
Kempen orang politik di Malaysia serupa makan nasi dgn sambal belacan, kalau tak ada kutuk menguntuk, fitnah memfitnah, itu bukan pilihanraya Malaysia mungkin di Afrika!

Jarang dengar calun politik bercakap dlm skop yg lebih mencabar seperti ekonomi, apa nak buat dgn kemajuan kawasan MPnya, yg kita nampak siapa menang pun lokang tersumbat, rumah senget, jalan raya kampong berlubang sana sini, tapi kemajuan  jalan ke rumah JKKKP  termasuk halamannya memang turap habis lepas itu kalau ada baki2 ini sajalah akan digunakan untuk menampal jalan berlubang2 lain,  bila habis saki baki yg lain2 tu berlubanglah simpan untuk sambut PRU atau PRK yg akan datang. Bila wakil rakyat mati, maka bermulalah projek mee segera, janji bulan langit akan dicat semula dan pelbagai lain janji manis mu, lepas pilihanraya yg mana terbekalai tu nasib kamulah pak pandir! Bukan anak kamu saja mati anak orang lain pun mati juga!





Friday, 30 May 2014

SELAMATKAH KITA DI BAWAH KERAJAAN UMNO BN?



KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun 6 bulan mati dalam keadaan tragis apabila lehernya dipenggal hingga putus dalam kejadian  di tepi Sungai Klang, berhampiran Stesen Kereta Api Lama, Jalan Hishamuddin di sini, malam kelmarin.

Jenayah berat semakin meningkat, menteliti rakyat Malaysia semakin rosak, masalah sosial semakin bertambah, tenaga polis semakin banyak digunakan seiring jenayah yg tidak berkesudahan. Apakah ini negara Islam yg dicanang ke seluruh dunia, Malaysia negara Islam contoh? Tidakkah kita merasa malu, sebenarnya kita menipu diri  sendiri, dunia luar ketawa melihat gelagat pemimpin2 kita yg tidak rasional mengunakan fikiran atau akal, apakah sebagai pemimpin2 Islam yg mengaku Islam faham erti Islam sebenarnya atau hanya bertopengkan Islam sedangkan sifat fasiq munafiq tidak boleh disembunyikan lagi kpd rakyat yg lebih matang dari pemimpin2!

Dunia tidak boleh lari dari kemajuan kemodenan tapi adakah kemodenan itu menyebabkan manusia semakin hilang akal sebagai manusia, adakah kemodenan itu membuat manusia menjadi lebih hina dari binatang sedangkan binatang tidak tahu membuat jenayah sekejam seperti manusia? Apakah kemodenan itu mendorong kita hilang akal, kalau begitu apakah erti kemodenan yg kita bangga2kan tapi memusnahkan akhlak manusia. Semua ini adalah hasil kerja mereka yg mengaku Islam tapi sebenarnya penghianat kpd Islam itu sendiri dgn tidak melaksanakan perintah Allah swt sebenarnya.

Kalaulah begitu jenayah berat yg berterusan, adakah kita merasa selamat hidup di Malaysia negara kononnya Islam tulin, dimanakan yg dikatakan tulin itu? atau hanya mainan politik sekular yg kucar kacir setelah merdeka 57 tahun, siapakah yg gagal membawa rakyat Malaysia ke arah akhlak  mulia? Rakyat dapat menilai setakat mana keberkesanan pemerintahan di bawah UMNO BN. Kalaulah ini tahap keselamatan yg kita hadapi, hari2 penuh dgn jenayah berat, maka apakah pilihan kita seterusnya, masih percaya dan yakin dgn UMNO BN? Tepuk dada tukar selera, beri peluang kpd PR untuk memerintah dan buat penilaian sendiri, jika PR lebih baik maka kita kekalkan PR, kalau PR 2x5 dgn UMNO BN, kita hapuskan kedua2nya dan bersedia untuk berjihad.



Thursday, 29 May 2014

SETELAH 57 TAHUN MERDEKA- KUALITI IMAN, AKHLAK DAN BUDAYA MELAYU SEMAKIN ROSAK, APAKAH PUNCANYA?


Ujudnya budaya samseng kerana amalan Islam semakin merosot, solat ditinggalkan sewenang2nya, dunia dikejar siang dan malam, pasar2 malam yg terlibat dgn Melayu Islam tidak ada arahan tegas supaya berhenti di waktu maghrib, para ulama tidak buat kerja dakwa hanya bercakap melalui akhbar, TV dll,

Dakwa berjumpa dgn manusia tidak dilakukan. Pemimpin2 sibuk dgn politik dan sibuk dgn PRU dan PRK, ada saja Pilihanraya kerana kematian atau melompat parti dll. Islam hanya berteori shj sedangkan masjid dan surau tidak diimarahkan. Majlis2 ilmu hanya dihadiri oleh mereka yg betul2 hendakkan ilmu sedangkan mereka yg lebih mementingkan keuntungan dunia jika jadi pengerusi masjid atau surau hanya berminat dgn penambahan projek shj.

Iman umat Islam tidak meningkat malah semakin bertambah ramai yg jadi fasiq dan munafiq. Amalan sunnah menjadi asing, pakaian sunnah hanya di majlis tertentu, sedangkan pakaian Yahudi Nasrani bertali leher, ber bow dianggung2kan kononnya kehidupan moden. Makanan halal haram seperti makanan berbabi atas kepentingan perniagaan yg mana GLC kerajaan terlibat cepat2 dinafikan dan majlis Fatwa hanya bertindak atas arahan pihak tertentu shj.

Agama atau kaunseling hanya menjadi tempat cari makan oleh mereka yg berkelulusan dijemput kononnya untuk motivasikan pelajar2 sedangkan niat untuk buat sedakah jariah tidak ada langsung dalam kamus mereka. Mereka berlumba2 membuat bisnis cari wang dgn kelulusan yg ada sama ada yg ada PhD atau ustaz2 yg mahir bercakap agama kononnya atas nama dakwah tapi bukan dakwah tapi cari makan!

Itulah diantara banyak lagi kelemahan2 umat Islam hari ini yg Allah swt pantau dan hantarkan musibah jika Allah swt terlalu murka kpd Melayu yg mengaku Islam dan kononnya mengikut maqasid syariah. Apakah kerajaan yg ada sekarang faham tentang ajaran Islam yg sebenar? atau hanya jadi burung tiong yg membaca skrip sedangkan mereka yg jadi pemimpin2 jahil murakat.





Wednesday, 28 May 2014

NILAI SEORANG ANAK ADAM DISISI ALLAH SWT



Matinya seseorang anak adam tak kira sama ada raja atau orang biasa, yg pasti dia telah meninggalkan dunia yg fana ini. Azab yg sama atau lebih dahsyat atau kuburnya menjadi taman2 syurga bergantung kpd amalannya semasa hidup. Allah swt tidak membezakan, kalau raja yg zalim dikecualikan dari azab dan seorang biasa yg juga zalim tetap diazab yg dahsyat tapi Allah swt pandang siapakah diantara kamu yg lebih bertaqwa dan banyak amalan kebaikan. Oleh itu pada zahirnya kita lihat, orang biasa dikuburkan dgn cara biasa, tapi raja2 dikuburkan dgn cara yg paling luar biasa, yg pasti lubung kubur itu sama ia itu tanah yg berukuran dalam 4 kaki atau lebih. Bila selesai dikebumikan maka semua sanak saudara sahabat andai, bini yg cantik harta yg banyak akan ditinggalkan dan kembali kpd kehidupan biasa, yg tinggal sebujur mayat tak kira siapa rajakah atau orang biasa, yg akan berdepan ialah malaikat yg tidak kenal pangkat jawatan atau sesiapa saja, jika jawapannya betul maka selamat jika jwapannya tak betul derita untuk selama2nya tiada penghujung, hidup hanya 70 atau 80 tahun tapi disia2kan kerana keseronokan dunia maka akan menderita untuk selama2nya.

Inilah disabdakan oleh Nabi saw, orang yg bodoh ialah orang yg cintakan dunia, orang yg bijak ialah orang yg sentiasa ingat mati dan membuat persediaan untuk mati.

Thursday, 22 May 2014

MINDA PEMIMPIN2 UMNO MASIH DITAHAP BUDAK2

Kalau saya belajar di USA kemudian balik ke Malaysia masuk pembangkang, buat masa ini ialah PR, akan tiba pula BN jadi pembangkang! Adakah saya boleh dicop sebagai  penghianat kerana tidak mengenang budi, contoh kerajaan beri biasiswa? kononya mengigit  tangan yg suatu ketika dulu memberi makan? Kenapa kita tak kata mereka yg dapat belajar di U seperti UiTM dulu yg sekarang kebanyakkan mereka sekarang berjawatan menteri dan pegawai2 kanan kerajaan yg memakan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa itu bukan penghianat kpd negara dan rakyat dan juga UiTM?

Dengan menjadi wakil rakyat DAP, adakah Melayu itu sudah menjadi penghianat kpd Melayu dan negara? sedangkan mereka yg jadi perompak, penyamun dan lanun dari kalangan UMNO sendiri dianggap sebagai wira negara? Kita kena tanya UMNO, seorang SU bahagian UMNO suatu ketika dahulu dan masih menjadi ahli UMNO, tiba2 anaknya membuat kejutan dgn menongkah arus ibunya menjadi pembangkang, apakah ahli2 UMNO seperti ibu itu sendiri melihat UMNO sebagai parti ketinggalan zaman? Sepatutnya dalam usia lama tapi dah tua, rakyat semakin bertambah sayang, tapi malang menjadi datuk yg dicemuh kerana masih tak sedar diri. Masa untuk bartaubat tidak digunakan sebaik mungkin tapi masih hebat berkeraoke ke sana ke mari!

Bolehkah UMNO BN berubah dgn keadaan semasa? Jawapannya jika inilah menteliti pemimpin2 UMNO BN yg ada, maka sudah tentu harapan untuk kembali gemilang, cemerlang akan berakhir dgn temberang!




Sunday, 18 May 2014

TNB UNTUNG SEPATUTNYA TARIF TURUN......



Kalau harga petrol dunia turun, petrol di Malaysia logiknya turun. Pernahkah kita alami harga petrol dunia turun, petrol di Malaysia tak turun! Ada.

PM dan menteri2 kerajaan UMNO BN  boleh bercakap apa saja, tapi bila rakyat yg cerdik dari pelbagai lapisan kelulusan, mengambarkan apa yg PM dan menteri cakap adalah memperbodohkan rakyat dan juga memperbodohkan jawatan yg mereka sandang.

Kita boleh menerima alasan tariff elektrik naik kerana beri subsidi kpd pengguna2 yg guna elektrik di bawah RM20 yg sekitar kerugian hasil kpd RM 100 juta lebih, tapi RM 100 juta lebih dgn hasil yg meningkat ke RM4.61 juta billion hanyalah seperti kerugian sisa2 dicelah2 gigi dan subsidi ini sebenar bukan rugi tapi hasil untung di agihkan kpd yg susah. Kalaulah semua subsidi dikira rugi, kulit bulu ayam yg ditimbang sebelum disembelih juga dikira rugi kerana peniaga timbang ayam dgn bulu2 sekali!

Isu yg besar ialah bila tariff elektri naik semua barang2 makanan akan naik, kerana pengguna besar, pengilang2 pembuat2 akan bayar tariff elektrik lebih tinggi. Alasan tariff elektrik percuma kpd penguna2 kurang dari RM20, ini dikira sebagai jasa kerajaan kpd rakyat atau jasa rakyat kpd kerajaan? kalaulah itu pemikiran kerajaan lebih baik jangan jadi kerajaan, lepas saja kerajaan ini kpd PR yg memang manifesto semasa PRU 13 dulu pun untuk mengurangkan beban rakyat.





MULA2 EMAS TULIN KEMUDIAN JADI MAS!


Bila MAS bersendirian masa itu rugi juga, bila bersaingan dgn Air Asia, firefly, MAS terus rugi banyak. Soalannya kenapa? Dasar MAS lain dasar Air Asia lain. MAS tambang mahal kerana arak mahal, Air Asia tambang murah ada juga arak mahal! Yang mengawal pengakutan udara ialah kementerian Pengangkutan, segala bentuk dasar mesti dapat kelulusan kementerian, kenapa tak diseragamkan supaya sama, bermakna kurang persaingan, lagi pun MAS GLC sedangkan Air Asia Tony Fernandes punya walau pun dah berhad. Apakah dulu semasa rugi kemudian diambil alih oleh Idris Jala, nampak cerita rugi semain kurang tapi tak untung juga, tiba2 dinaikkan pangkat jadi menteri dan ditinggalkan MAS dalam keadaan meraba2 kpd CEO dan pengerusi baru, kemudian tragedy MH370 menghempap MAS maka bertambah2 rugi lagi. Apakah musibahnya syarikat milik kerajaan ini terus menjunam seperti berakhirnya MH370 di lautan Hindi? Kita mempunyai PM yg otak bergeliga, transformasinya dijaja ke sana ke sini telah berjaya merubah suasana ekonomi dari menjunam, sekarang katanya tengah menaik dgn kenaikan harga2 barang, gula petrol tarif elektrik dn tahun 2015 tahun yg bertuah GST pula akan dikuatkuasakan, maka bertambahlah “makmur” ekonomi Malaysia. Kalaulah GLC sekecil MAS dlm banyak2 GLC pun tidak boleh dinaikan menjadi tak rugi, ekonomi Malaysia agak2 macam mana pula? Ini mesti Tanya Prof ekonomi, mereka akan membodek terus membodek, akhirnya Malaysia jadi seperti Greece yg hutang menimbun kerana pemimpin2 menipu rakyat dan rakyat percaya kpd pemimpin2 sehingga bila mereka sedar, seluar dalam baju dalam pun kena GST! Adakah rakyat Malaysia terus tertidur dgn lagu2 sayu tengah malam nyanyian biduan dan biduanita kerajaan UMNO?



Tuesday, 6 May 2014

GOLONGAN FASIQ DAN MUNAFIQ TIDAK AKAN BERDIAM DIRI!



Ramai cerdik pandai bertaraf Profesor. yg jelas mereka adalah pro UMNO, memberi pelbagai alasan. Antara alasan yg popular ialah PAS mesti memberi penerangan dahulu kpd masyarakat kerana takut bila hudud dilaksanakan masyarakat tak faham dan ini akan menimbul kekeliruan.

Mereka ini prof. bertaraf kangkong kerana ilmu tinggi tapi kurang akal terutamanya akal yg boleh digunakan untuk memahami hudud. Malaysia telah merdeka 56 tahun dan kita tak pernah lagi tukar kerajaan melainkan kerajaan UMNO dari mula merdeka.

Hudud ini bukanlah undang2 baru ianya telah berumur lebih dari 1400 tahun dan melalui pelbagai cabaran semasa selepas kewafatan Nabi saw. Hari ini kita bertuah menjadi umat Islam yg di dalamnya penuh barakah, nikmat iman. Malangnya ada umat Islam tidak menghargai sebagai umat Islam. Dalam masa yg sama mereka memerlukan Islam dan dalam masa lain mereka memerlukan syaitan untuk menyelesaikan masalah.

Kalaulah mereka yg merasai Islam itu tak betul, seperti bab hudud itu, yg pada anggapan mereka perlu kpd penerangan yg jelas, yg jadi soalannya apakah selama hari ini UMNO tak nampak nak beri penerangan sehingga isu ini ditimbulkan olah PAS. Kenapa pada mulanya UMNO bukan menentang tapi menangguhkan kemudian nampak seolah menyokong dan dalam masa yg sama berpura2 kerana situasi yg tertekan.

UMNO semakin lemah untuk mendapatkan sokongan Melayu malah semakin hari UMNO semakin lemah disebab isu semasa contohnya GST, kehilangan MH370, hudud yg menyebabkan Melayu dan bangsa2 lain merasa syak UMNO BN semakin nampak  tidak jujur dan amanah.

Prinsip semula jadi manusia yg mahu kebenaran dan keadilan tapi malangnya UMNO sepatutnya insaf dan perbetulkan kelemahan dan kesalahan tapi gagal  mengaku kelemahan tapi berpura2 dgn sifat nampak insaf tapi penuh dgn niat jahat supaya PAS masuk jerat mereka.

PAS diingatkan supaya jangan layan UMNO ini untuk selama2nya, PAS mesti teruskan perjuangan tapi sendirian. Masa untuk perpaduan itu walau pun masih belum tertutup tapi keikhlasan UMNO itu masih jauh dari boleh dipercayai sehingga mereka betul2 menyokong hudud tanpa beralasan. Mereka yg bersifat fasik dan munafiq akan bermain dgn kelemahan PAS dan mereka tidak akan berputus asa sebagaimana syaitan tidak akan berhenti menghasut manusia sehingga khiamat.