Inggeris telah draf perlembagaan persekutuan mengikut acuan
perangkap tikus. Waktu itu bakal PM Tunku Abd Rahman dan dan bakal ahli2
kabinet tanpa berfikir jauh telah bersetuju tanpa mengkaji buruk baik cadangan2
yg di kemukakan oleh Lord Reid, maklamat utama aku mesti jadi PM pertama.
Umpan2 yg dipasang dalam perangkap tikus ini cukup menyelerakan TAR dan
kuncu2nya sehingga bila persetujuan untuk merdeka disambut dgn senang hati
sehingga semua kuncu2 yg ada pun tumpang sekaki, ini peluang baik untuk memegang
jawatan menteri2 dan timbalannya. Maka merdekalah kita.
Di antara perjanjian yg paling malang untuk Melayu ialah tiada tercatat PM
mesti Melayu beragama Islam. Islam agama rasmi shj, agama2 lain bebas dianuti.
Kuasa memilih kerajaan terbuka kpd mereka yg bukan Islam ia itu pendatang waktu
itu orang2 Cina dan India bukan Islam atau dlm erti kata berkongsi kuasa, maka
mereka juga adalah di antara rakyat yg boleh memilih kerajaan dan mengundi dgn
bebas memilih mana2 wakil yg mereka suka. Sudah tentu semangat perkauman yg
telah dilalui ini, sesiapa shj manusia di dunia ini akan memilih bangsa dan
agama sendiri..
Setelah 57 tahun merdeka pemimpin2 yg terlatih oleh Inggeris
terus mengamalkan apa yg sifu mereka ajarkan dan semaikan. Di sebalik Islam
menjadi hanya boneka tiada tercacat isi kandungan Islam seperti perlaksanaan
hukum2 syariah maka perlembagaan menjadi lemah dan boleh dicabar bila perlu.
Akibat kesan penjajahan Inggeris yg dipelupuri pula oleh
UMNO maka hari ini Melayu kepanasan kerana perlembagaan yg ada tersangat lemah
untuk mempertahankan hak Melayu dan dlm masa yg sama pemimpin2 Melayu di bawah
UMNO sama2 berjuang atas dasar kuasa harta benda, maka apa yg kita lihat hari
Melayu menjadi alat bangsa2 yg telah cerdik, Atas dasar kemajuan dan kemodenan
maka mereka bekerja kuat mencari wang, dgn wang mereka membeli kuasa Melayu
sehingga hak Melayu seperti resab tanah Melayu dan tanah2 yg dimiliki oleh
Melayu seperti dikampong2 yg mana barua2 atau broker yg menjadi penghianat kpd
Melayu terus membuat wang dgn rakus. Hari demi hari Melayu semakin kekurangan
tanah dan kuasa kerana kuasa terpaksa dijual kpd bukan Melayu atas nama nak
kekalkan kuasa, atau dlm erti kata yg lain yg dikendong keciciran dan yg kejar
tak dapat.
Melayu semakin mengigit jari dan terus ketawa walau pun
bangsanya semakin hanyut dgn maksiat. Musibah2 kerana kemurkaan Allah swt juga
semakin mencurah2 ke atas umat Islam, salah satu puncanya ramai dari kalangan
Melayu Islam telah mengabaikan solat fardhu 5 waktu. Apakah masa depan Melayu
57 tahun akan dating? Jawapannya ada ditangan2 Melayu Islam, masih tidak insaf
atau memang itukah yg Melayu mahu terus hidup menderita sepanjang generasi?
Kita perlu perubahan dari segi pemerintah, pemerintah yg ada gagal dlm
memperjuangankan Melayu dan Islam, apa kita masih tidur dibuai mimpi2 indah
atau biar mati anak jangan mati UMNO?
No comments:
Post a Comment