Wednesday 5 November 2014

DUNIA DAH TUA BONGKOK TIGA



Sejarah UMNO ini bukan baru. Sebelum merdeka lagi sudah ujud sifat pura2 ini, yg menuntut kemerdekaaan dan perjuangankan kemerdekaan bukan Pemimpin2 UMNO. Di antara mereka Mat Kilau, Dato Bahaman, Dato Maharajalela, Mat Indera dan ramai lagi pejuang Melayu yg berjuang dan mereka bukan ahli UMNO, semasa itu semua parti diharamkan oleh Inggeris hanya UMNO sahaja yg sah kerana pandai membodek dan menganggok kepala dan tidak hairanlah UMNO menjadi anak emas Inggeris. Oleh itu kerana UMNO shj parti yg sah disisi Inggeris maka Tunku Abd Rahman dilantik menjadi presiden pertama UMNO dan melalui inilah Inggeris memberi kemerdekaan setelah diasuh dan dididik cara budaya Inggeris yg akhirnya semua perjanjian yg dicadangkan oleh Inggeris antaranya yg akan memakan Melayu sendiri dipersetujui dgn senang hati oleh UMNO. Sehingga kini generasi menteliti Inggeris ini walau pun dah 57 merdeka, tetap dgn keInggerisannya bertali leher dan Islam leberalisma. Undang2 Inggeris yg diguna pakai sehingga sekarang masih menjadi undang2 terbaik oleh UMNO walau pun mereka mengaku Islam sepatutnya mereka wajib guna pakai undang2 hudud, undang2 Allah swt.

Saranan bekas PM Dr M supaya UMNO dijenamakan baru semula atau disusun semula hanya membuang masa shj kerana UMNO telah rosak serius, adalah lebih baik dihapuskan dan cipta parti baru, tapi mustahil juga walau pun parti baru, ahli2 yg jadi mahluk perosak itu akan menyusup semula, sampai khiamat pun tak selesai masalah.

Ada pula generasi Y ciptaan M di mahkamah persekutuan sibuk pula lelaki Y dlm kes DSAI, apakah perbezaan istilah ini? Hanya pendakwa Shafee boleh beri jawapan!

Dalam sibuk 1 Malaysia dgn pelbagai isu Melayu timbul pula isu letih dan malu oleh Pak Najib dgn Selangor, dah dua kali PRU tak boleh nak tebus semula. Kalau di Jepun PM seoerti ini dah tentu letak jawatan kerana letih dan malu kpd rakyat, tapi di Malaysia letih dan malu itu seperti permainan kes liwat 11 DSAI. Biasanya orang sebut muka tak tahu malu masih tak sedar diri dan tak mahu terima hakikat rakyat dah benci! Semuanya ini kerana sokongan tak berbelah bagi oleh ahli2 yg boleh dikatakan tak berapa cerdik dlm kata lain bodohlah senang!

Dulu Dr M kata al Quran mesti ditafsirkan semula, sehingga sekarang tidak ada siapa pun yg tampil menafsirkannya semula. Agak2nya kalaulah ditafsirkan semula sudah tentu semua jadi terbalik, yg haram jadi harus yg halal jadi haram. Di antara tafsiran al Quran yg relevan dgn pemerintah ialah tafsiran Prof. DR HAMKA, bolehkah dapat jilid ini lagi?



No comments:

Post a Comment