Thursday 13 November 2014

BUAT KERJA DAKWAH BUKAN BUAT KERTAS KERJA



Dunia sudah tua dan telah dipenghujung usia, khiamat juga semakin hampir, umat Islam masih dgn kertas kerja, resolusi dn lain2 kerja sia2. Nabi saw telah tinggalkan kerja dakwah bukan kertas kerja atau resolusi. Usia kita juga sedang meniti ke lubang kubur, apa yg perlu dilakukan ialah perbanyakkan amalan yg diperintahkan oleh Allah swt dan buat kerja dakwah dgn menyampaikan walau pun sepotong ayat al Quran itu adalah lebih baik bukannya buat kertas kerja atau mencari resuluti dgn perah otak bagi menyelesaikan masalah umat Islam.

Masalah umat Islam hari ini bukan tak cukup kertas kerja atau resolusi tapi yg jadi masalah besar ialah terlalu ramai yg meninggalkan solat. Hari ini Allah swt telah menghina umat Islam bukan kerana tak saying kpd kita tapi kita telah engkar dgn perintahNya kemudian buat fatwa sendiri dgn mengunakan akal yg kononnya telah maju sedangkan kemajuan dan kemodenan yg kita kejar adalah musuh kpd umat Islam. Kita lupa kewajipan kita kpd Allah swt. Kita kejar perkara lara yg tidak memberi kita menafaat di akhirat, kita jadikan dunia sebagai tempat kekal sedangkan malaikat maut hari2 melawat kita. Apakah Nabi saw yg dihantar oleh Allah swt membuat kerja yg kita buat sekarang? Matlamat kita sudah jelas kenapa kita kaburkan dgn mengejar dunia. Dunia hanya platform untuk ke akhirat, bukan tak boleh cari dunia tapi bolehkah kita letak dunia di tapak tangan dan junjung akhirat? Kalau iman lintang pukang bagaimana kita ada fikir hendak junjung akhirat!

Hari ini umat Islam ditindas dan dihina oleh bukan Islam, sepatutnya kita periksa amalan kita bukannya perbanyakkan kertas kerta atau resolusi. Umat Islam boleh bangkit gagah semula dgn syarat perbanyakkan dakwah solat supaya jangan abaikan solat, abaikan solat bermakna mencari penghinaan dari Allah swt. Orang tak jaga solat adalah kawan syaitan sama ada dikenali atau tidak. Solat boleh mencegah kemungkaran, tapi hari ini kemungkaran tumbuh seperti cendawan dan berduyun2 umat Islam ikut syaitan kerana meninggalkan solat, lihat shj di pasar2 malam, gedung membeli belah tempat2 hiburan diwaktu maghrib penuh dgn mereka yg mengaku Islam. Adakah kerajaan UMNO boleh selesa dan senang hati dgn gejala derhaka kpd Allah swt ini?, adakah pemimpin2 yg berkuasa sekarang taat dgn perintah Allah swt? Atau mereka juga berkawan dgn syaitan dgn aktiviti lara? Mereka yg bercakap berapi2 kononnya mengikut marqasid syariat ikut sunah Nabi saw juga di antara yg menentang perintah Allah swt, ada di antaranya mereka anti hadith dan sudah jelas mereka di antara umat Islam yg telah sesat lagi menyesatkan. Oleh itu umat Islam mesti waspada dgn mereka yg musang berbulu ayam. Di akhir zaman akan muncul ramai musang yg berbulu ayam hanya semata2 menjadi alat untuk terus melemahkan umat Islam dari dalaman. Dunia semakin tua, petualang atau penghianat Islam juga sama2 muncul dan mereka ini bukan Yahudi tapi muka mereka Melayu dan bakal pengikut dajjal.

No comments:

Post a Comment