Nampaknya subsidi ini menjadi isu paling panas bagi kerajaan
UMNO BN. Kata timb. Menteri kewangan Ahmad Maslan terhalangnya pembangunan Malaysia adalah
kerana terlalu banyak subsidi, katanya hampir RM2 bilion sebulan dihabiskan
untuk pelbagai subsidi. Maka pelbagai projek tak dapat dibina dgn berkesan
antaranya bumbung stadium runtuh, siling
masjid runtuh. landasan kapal terbang berlubang dan pelbagai lagi projek yg
bermalapetaka disebabkan kekurangan wang kerana bayar subsidi! wang habis untuk subsidi. Wang habis bocor
kerana rasuah penyelewengan dan salah guna kuasa seperti lapuran Ketua Audit
Negara itu bukan subsidi, itu adalah diluar kuasa kita(UMNO BN). Inilah
kerajaan yg perihatin dan dipilih oleh rakyat yg perihatin juga atau istilah yg
dikatakan biar papa asal bergaya bukan harta kita harta rakyat, biar rakyat
menderita asalkan kita menteri2 dan kuncu2 hidup senang lenang dgn dosa2 besar
yg akan membawa derita di dunia dan di akhirat. Itulah tahap iman dan taqwa yg
ada pada orang2 yg dipanggil pemimpin2 yg mengaku Islam.
No comments:
Post a Comment