Friday, 21 November 2014

BILA DUNIA DIJUNJUNG



Kita akan berdepan dgn masa depan yg lebih gelap. 1Dis 2014 ini akan bermula hari ini dlm sejarah subsidi minyak RON95 dan diesel akan dihapuskan dan diganti dgn harga apungan dunia, ini bermakna jika minyak dunia naik, harga minyak akan naik, tapi jika harga minyak dunia turun, soalannya siapakah yg nak memantau harga minyak dunia tentunya kerajaan UMNO BN. Istilah subsidi tiada lagi. Tanggung jawab kerajaan terhadap rakyat tiada lagi, perihatin yg selama ini dicanang ke hulu ke hilir tiada lagi, maka tempat bergantung kpd kerajaan yg dipiih oleh rakyat tiada lagi, ke manakah kan ku bawa diri. Semua orang dah benci! Ini bermakna tanda2 khiamat UMNO BN juga sedang berlaku dan kemungkinan PRU 14 ini khiamat untuk UMNO BN juga akan berlaku. Harga kereta juga akan bertambah murah dgn turun cukai eksais dan cukai jualan yg diganti dgn GST, satu cukai untuk semua. Antara harga kereta mahal sekarang kerana kerajaan terpaksa cukai untuk mengantikan subsidi yg diberi kpd rakyat. Dunia semakin tak menentu, tanda2 besar khiamat jelas kelihatan, harta kekayaan Negara difaraid oleh mereka yg berkuasa, halal jadi harus, haram jadi halal dan seterusnya kebaikan dilihat penghalang kpd kemajuan, kejahatan dilihat mendatangkan hasil lumayan, riba perniagaan budaya Yahudi ditaati dlm masa yg sama Yahudi dilaknati, Pulau Cayman menjadi destinasi perniagaan baru, amalan Islam dijauhi. Islam menjadi alat upah pilihanraya kpd mereka yg bersifat munafik, mati ditakuti, dunia dijunjung dibelai seolah2 tiada istilah mati. Syurga neraka hanya terkesan kpd mereka yg beriman dan bertaqwa, sesungguhnya hasutan syaitan dihayati sehingga membawa mati.



No comments:

Post a Comment