Di zaman Melayu menguasai pemerintahan, cara berfikir masih
ketinggalan zaman. Pemimpin2 Melayu masih takut dgn ayat2 “power” oleh
pembangkang, nak salahkan pembangkang pun tak boleh kerana pembangkang banyak
bukti2 kesalahan yg dilaku oleh UMNO BN sepanjang 57 tahun merdeka. Rakyat
semua tahu sebab itu semakin ramai rakyat menjadi pembangkang kerana
nampak sangat setiap perbuatan menipu
ditambah dgn barang2 naik sehingga
rakyat dah lemas cma belum mati lemas lagi! Kucar kacir sunggah dgn kerajaan
sekarang dlm ketakutan yg tak terhingga sehingga Pelajar2 U yg sedang melatih
diri untuk jadi jurucakap kpd rakyat bukannya menjadi pembangkang lagi,
bercakap melawan arus bukannya pembangkang tapi itu adalah hak manusia
membantah atau tidak setuju dgn sesuatu yg mereka menganggap menzalim rakyat. Ada juga dikalangan ahli2
UMNO sendiri jadi pembangkang di kedai kopi bila ditanya kenapa tak masuk
pembangkang jawapan mudah kerana ada lagi saki baki habuan yg boleh dibuat
kenduri, kalau keluar maka banyak mulut2 buaya antara buaya akan membaham, dari
biar mereka membaham boleh juga tumpang baham sekali!
U ditutup rapat jangan bercakap, tujuan kamu belajar jangan
duk membuka pekong kerajaan, maka jadilah graduan yg buta maklumat, maka
kenyanglah perut yg menyekat maklumat ini. Membodek atau memuji walau pun
perkara yg salah tak mengapa tapi jangan membantah atau cuba
mencerdikkan rakyat. Maka keluarlah graduan acuan pengecut tak berani nak
bercakap yg dia tahu mengganguk walau pun leher letih mengiayakan yg palsu.
Berapa lama UMNO BN boleh bertahan hidup dlm pura2 akhirnya pekong yg disorok
akan terus memalukan diri sendiri dan sentiasa di boo oleh rakyat. Hari ini pemimpin2 kerajaan bercakap pun mula seperti orang kurang siuman, merapu rakyat
geleng kepala dgn gelagat bodoh sombong, mungkinkah ini juga bala dari Allah
swt tak boleh bercakap benar?
No comments:
Post a Comment