Siapakah yg mencipta istilah subsidi kalau bukan UMNO BN.
Kemudian rakyat dipersalahkan kerana bergantung dgn subsidi. Kenapa istilah
subsidi ini hendak diungkit2 kononnya rakyat telah bermenteliti subsidi.
Kalaulah harga barang2 mengikut pasaran dunia, maka harga juga terpaksa
mengikut trend dunia. Bila subsidi bermula kerana kononnya kerajaan hendak
meringankan beban rakyat, akibatnya bila sudah terlalu biasa dgn subsidi
kemudian subsidi ditarik semula, akhirnya pada asalnya barang murah terpaksa
dibayar oleh rakyat dgn harga mahal kerana subsidi telah ditarik semula. Rakyat
melompat kemudian kerajaan keluar kenyataan rakyat jangan bergantung dgn
subsidi. Subsidi adalah jenis bantuan untuk menurunkan harga barang di pasaran
dunia, jika tanpa subsidi rakyat miskin terpaksa membeli barangan harga mahal,
tapi apa sudah jadi sekarang rakyat terpaksa membeli barangan keperluan dgn
harga mahal ditambah dgn cukai GST yg akan bermula Mei 2015.
Sebenarnya apakah bentuk pemerintahan yg di bawa oleh UMNO
BN, di mana letak kerajaan rakyat untuk rakyat sedangkan pilihanraya itu adalah
mandat rakyat kpd kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat tapi telah di racun
dgn rasuah penyelewengan dan salah guna kuasa yg menyebabkan cukai
kebanyakkannya telah bocor oleh tangan2 yg tidak amanah yg dilakukan
diperingkat menteri turun ke bawah sehingga ke peringkat JKKKP. Amalan yg
dibiarkan berluasa ini tanpa ada cegahan yg bersungguh2 dari kerajaan yg
dipilih oleh rakyat menyebabkan pendapatan negara tiris dan kesanya rakyat
terpaksa membantu kerajaan dgn cukai yg dipaksa dibayar dgn pelbagai helah yg
dibuat supaya mahu tidak mahu rakyat jangan bantah.
Inilah yg dikatakan pentadbiran yg “bijak” atau bodoh
sombong? Kemanakah hala tuju kerajaan sekarang dgn hutang negara yg semakin menimbun?
Kalaulah kita mengikut amalan Islam yg berdasarkan hidup secara sederhana maka
kita sebenarnya Negara yg kaya raya, rakyat tak susah, istilah subsidi tak
ujud. Hari ini rakyat menderita dan sebagai umpan supaya rakyat diam maka BR1M
yg bersiri telah mengantikan istilah subsidi, sebenarnya itu adalah perbuatan
kerajaan yg tidak telus.
Rakyat dibuai dgn mimpi indah Negara maju pendapatan tinggi
menjelang 2020, siapakah yg akan maju dan berpendapatan tinggi, Melayu? Tanah resab
Melayu dan tanah Melayu dikampung2 yg dulunya menghasil beras sekarang bertukar
taman2 perumahan dan kebanyakkannya pemaju adalah orang Cina, siapakah yg maju
dan berpendapatan tinggi? Ini adalah satu penghianatan dasar yg kononnya menuju
Negara maju, tapi sebenarnya memusnahkan Melayu dan Islam.
No comments:
Post a Comment