Sunday, 23 November 2014

BERBAKTI KPD IBU BAPA ASSEBAB MURAH REZEKI



Kita tak perlu tunggu jadi kaya, semasa hidup miskin atau cukup makan berbakti kpd ibu bapa adalah wajib oleh seorang anak. Satu kisah, seorang anak ibu bapa miskin, sekolah pun terkial2 disebabkan masalah kewangan, tetapi niat iklas dan redho dgn apa yg telah tersurat maka anak ini membesar dlm keadaan susah payah.

Bila dewasa dia membuat keputusan keluar rumah untuk berhijrah ke Bandar hanya bekerja sebagai buruh biasa dgn gaji yg kecil. Hasil pendapatan dia  berjimat cermat dia dapat menghantar wang  walau pun tak seberapa tapi dapat juga meringankan beban ibu bapanya yg miskin dan semakin tua. Itulah amalannya, dia mula meneebus semula kemiskinannya dgn berbakti kpd orang tuanya dan akhir dia berjaya dlm hidup.

Walau pun telah kaya, asal usulnya tidak pernah menjadikan dia sombong kedekut. Sifat seperti ini memang susah kita nak temui. Yang banyak kita temui kebanyakkannya menjadi sombong  dan kedekut. Kesan terbaliknya akhlak kerana suka kepada makan rezeki haram. Oleh itu hati menjadi hitam dan kotor. Sedekah amal jariah yg lain semuanya menjadi berat kerana darah dagingnya adalah hasil yg haram.  Adakah kita telah mendidik hati kita utamakan orang lain atau hak orang lain hak kita? Berapa ramai manusia yg mengaku Islam buat kerja terbalik, kedekut tamak sombong dll? Mulai hari ini kita paksa hati kita supaya menjadi lembut, suka bersedekah, melihat orang susah bersimpati dan kalau tidak ada wang sekurang2nya lemparkan salam dan senyum.





No comments:

Post a Comment