Thursday, 12 June 2014

KDNK: Cubaan nakal kelirukan rakyat



Najib bangga dgn KDNK 6.2 % suku tahun 2014, sedangkan rakyat menderita dgn perbelanjaan harian. Inilah yg dikatakan periok besar kerak nasi juga tebal! sebab kerak tebal kerana api tak dijaga, dibiarkan menyala kuat sedangkan untuk mengelak kerak besar yg tidak berfaedah dan akan diberi makan kpd ayam itu sebenarnya boleh dimakan jika api yg sesuai dgn masakan nasi itu dikawal.

Cerita oleh pemimpin2 memang hebat tapi adakah mereka ini berpijak dibumi nyata atau dibumi khayalan yg membuat rakyat menyumpah seranah kerana realiti sebenarnya ialah hendak menipu rakyat? Apalah orang2 susah hendak banggakan dgn pencapaian KDNK sedangkan beras yg dimasak sepatutnya untuk 10 orang makan tapi yg boleh makan hanya 3 orang?

Apakah hutang negara yg sedang meningkat itu cukup untuk selesaikan hanya dgn kukuhnya KDNK? Sebagai menteri kewangan, apakah kenyataan Najib itu memberi gambaran betapa bodoh seorang PM bercakap ibaratkan bapa ayam berkokok sedangkan ekor bergelumang dgn tahi!

Rafizi yg bukan menteri itu adalah lebih baik dari Najib yg jelas sedang menegakkan benang basah! Rakyat telah bijak menilai yang mana emas dan yg mana suasa, mungkin akan muncul menteri yg se kelas dgn Najib yg akan berhujah bodoh, kita saksikan.



No comments:

Post a Comment