Saturday, 14 June 2014
SALAH FAHAM MAKSUD DAKWAH DAN CERAMAH
Penceramah dan pendakwah dua kerja yg berbeza. Penceramah sama ada dibayar atau buat majlis ceramah di masjid atau di kuliah di TV radio, orang ramai yg berhajat untuk mendengar sudah tentu orang2 yg suka mendengar majlis agama, kebanyakkannya orang2 yg dah baik2, berlainan dgn pendakwah yg korban wang, masa, diri keluar ke jalan Allah swt berjumpa dgn pelbagai orang bagi menyeru mengajak mereka yg jauh dari ajaran Islam kembali ke Islam adalah satu kerja yg mencabar dan ujian juga banyak, inilah kerja Nabi saw, keluar pagi balik petang berjumpa orang dari rumah ke rumah lorong ke lorong, mungkin ustaz kata itu zaman Nabi saw tak ada teknologi dn sebagainya, tapi sekarang konsep berlainan. Cara Nabi saw ini kita mesti tiru walau pun kita dah maju, hanya kerja dakwah cara Nabi saw, umat akan terkesan, cara lain hanya ustaz kenyang, umat semakin jauh dari Islam.
Di England tahun tahun 60 dulu hanya ada 4 masjid shj, Tahun 1990 jumlah masjid bertambah ke 1000 buah. 180 gereja telah bertukar menjadi masjid sehingga pemerintah telah melarang menjual gereja untuk dijadikan masjid.
Inilah hasil usaha dakwah cara Nabi saw, yg diteruskan oleh jemaah Tabligh. Di England mereka yg tiada beragama atau Kristian yg telah ceroi sangat mudah jemaah Tabligh dekati dan mudah faham dari orang2 Islam yg keturunan Islam yg dah lama tapi hanya tinggal nama, amalan kucar kacir, bercampur2 antara syirik dan iman.
Inilah cara yg Allah swt sangat suka, bawa Islam ke manusia bukannya adakan majlis ceramah di padang2 yg bercampur lelaki perempuan kemudian diadakan pula waktu malam. Sudah tentu jenis majlis yg berbentuk konsert ini dihadiri oleh syaitan supaya lepas berkonsert lelaki perempuan bercampur2 tak kira isteri orang ke anak dara orang ke akan bersentuhan kerana masing2 hendak balik ke rumah, Besok solat subuh, muka orang2 sama juga bersolat. Hari ini umat Islam rosak akhlak kerana mereka yg berpengetahuan Islam tidak faham erti dakwah dan erti ceramah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment