Wednesday, 4 June 2014

ORANG ISLAM MURTAD SALAH SIAPA?



Tidak kira sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan Murut dan lain2 bila keluar Islam, siapakah yg bertanggung jawab nak jawab di depan Allah swt? Nabi saw dihantar untuk mengajak Arab jahiliah kembali kpd Allah swt setelah lama ruang itu ditinggalkan oleh Nabi Isa a..s. Manusia kembali murtad kerana naluri manusia memang suka kepada keseronokan dan kalau boleh tak mahu kpd undang2 yg boleh menyekat mereka kpd halal haram. Bila Nabi saw dihantar oleh Allah swt untuk membetulkan akidah yg telah teramat rosak itu, maka sedikit demi sedikit manusai kembali kpd Allah swt sehingga dizaman itu dikatakan zaman kegemilangan Islam.

Hari ini kita pun bukan main berceramah sana sini, yg UMNO kata mereka telah menunaikan marqasid syariah dan parti Islam seperti PAS juga tidak ketinggalan marilah kita kembali kpd Islam yg shumul, bak kata pepatah yg ringan sama2 dijinjing yg berat sama2 dipikul, tapi yg tak solat itu terus dgn jahiliahnya termasuk pemimpin2 Islam sendiri! Malah yg Islam setengah masak pun sama2 berzikir ala versi syiah dll. Inilah yg dikatakan oleh Dollah Badawi Islam hadhari, dunia boleh, akhirat tak berapa jelas! Kesan dari Islam yg liberal atau sederhana, Islam entah apa lagi, maka lahirlah manusia yg mengaku Islam tapi tak tutup aurat dan menentang hudud. Maka Islam dilihat oleh bukan Islam bertambah keliru, yg  tak suka Islam akan terus mencemuh Islam dan yg teringin nak masuk Islam terasa was2 betul ke Islam itu baik, tengok pengikutnya lintang pukang dan yg lebih malang yg dah Islam semakin longgar iman, berterusan tak menjaga solat, maka kesannya hasil dakyahan bukan Islam seperti Kristian dan ditambah dgn yg dah Islam pun kaki merapu, akhirnya semua agama samalah termasuklah yg telah Islam pun kutuk sekaki. Begitulah Islam diakhir zaman. Islam hanya untuk cari makan bukan amalan untuk akhirat.

Ilmuan Islam yg bergelar DR, ulama, mufti, ketua agama Islam raja2 PM, MB dan ahli2 politik Islam hanya melihat dan buat pekak badak saja dlm hal yg sangat penting ini. Apakah tindakkan mereka hanya bercakap bila ada kes. Mana perginya kerja dakwah? dakwah buat kerja jumpa orang di semua peringkat sama ada kaya miskin, bukan Islam, Islam setengah masak dan yg dah masak pun kena didekati kerana peringatan mesti dibuat walau pun dah pandai dan bijak. Dalam kes serang majlis perkahwinan ini adalah satu kerja bodoh, kalau nak tunjuk kuasa pun bukan begitu, Islam tak mengajar kpd mereka yg berkuasa untuk menunjukkan kuasa. Murtad tak boleh diselesaikan dgn menyerang membabi buta, ianya di dalam hati, kalau tangkap pun tak guna kerana akidah mereka dah rosak, sepatutnya JAIS bila dah dapat kesan, buat kaunseling dakwah kpd mereka ini. Bukan salah mereka tapi salah orang Islam yg tak buat kerja dakwah.

No comments:

Post a Comment