Friday, 20 June 2014

NEGARA TAK PERLU ISLAM TAPI MANUSIA YG MEMERLUKAN ISLAM

Negara tidak perlu kpd Islam kerana ia bersifat benda, yg perlu kpd Islam ialah manusia. Ada dua tafsiran yg dikelirukan oleh pemerintah Islam dgn mengistiharkan Malaysia negara Islam, walau pun tafsiran itu memang begitulah kehendaknya kerana negara itu sendiri akan dinamakan Islam bila Islam hidup di dalamnya. Bab manusia kalaulah yg menghuni itu ramai orang Islam maka otomatik pada zahirnya itu negara Islam.

Tafsiran kedua ialah adakan Malaysia betul2 negara Islam dari segi perlaksanaan undang2nya dan amalan manusia yg jadi penghuni kpd negara Islam tersebut. Ta’arif negara Islam juga tak teringkat dgn banyaknya masjid dan surau sedang ianya tak diimarahkan atau dimakmurkan oleh pemerintah. Tugas pemerintah bukan hanya menjerit Malaysia negara Islam mengikut marqasid syariah sedangkan umat Islamlah yg paling ramai buat maksiat. Kesan maksiat ini masjid dan surau menjadi sunyi kerana pemerintah gagal dlm melaksanakan ajaran Islam yg sebenarnya,

Pemerintah bertanggung jawab menentukan semua umat Islam bersolat selain puasa zakat dan haji. Selain itu pemerintah juga wajib dilihat dan berbaur Islam, dari segi pakaian makan minum halal toyibah dan syiar Islam itu sendiri wajib hidup dlm kehidupan umat Islam. Hari ini kita kata kita Islam, bab pakaian wanita Islam pun kita gagal berdakwah dgn cara yg diperintah oleh Allah swt.

Untuk meringkas cerita definasi negara Islam cukup mudah, kita lihat masjid surau adakah telah dimakmurkan seperti kehendak Nabi saw, maksiat adakah ianya semakin serius atau paling minima dan tentukan umat Islam patuh kpd waktu atau hormat waktu solat atau berduyun2 ke pasar malam pada waktu maghrib.

Hakikatnya bila Malaysia negara Islam maka kesannya keberkatan dan nikmat akan turun kerana Allah swt redho. Hari ini seluruh dunia di ancam azab, tiada keberkatan hutang banyak, rakyat hidup susah, pemerintah di bawah UMNO semakin tidak bertanggung jawab terhadap rakyat, rakyat semakin di asak dgn kesusahan dan azab dlm bentuk umat Islam itu sendiri semakin tinggalkan solat, keluarga Islam menjadi kucar kacir dan lebih teruk akhlak dari bukan Islam, Apakah jawapannya Malaysia bukan negara Islam dan hanya mereka yg mendakwa Malaysia negara Islam hanya slogan untuk memancing undi kerana kalau tiada Melayu Islam yg menyokong UMNO BN maka tamatlah riwayat parti yg semakin lemah itu. Ini adalah hakikat bukan cerita fitnah, tuan2 yg ada akal boleh lihat dgn mata hati bukan mata atas hidup, malangnya Melayu masih tidur nyenyak dgn sedikit harta benda walau pun hakikatnya sedang menuju kehancuran.

No comments:

Post a Comment