Thursday 12 June 2014

MALAYSIA BAKAL JADI HONG KONG BARU?



Melihat perkembangan semasa, Malaysia, Melayu tidak boleh lagi memdabik dada dgn berkata Malaysia Melayu punya. Melayu semakin diancam kepupusan amalan Islam, tanah Melayu dan juga ekonomi. Ajaran Islam semakin ditinggalkan, masjid semakin sunyi, majlis ilmu hanya mereka yg sukakan Islam shj yg hadir, kerosakan akhlak umat Islam semakin serius. Tanah simpan Melayu atau rezab Melayu semakin mengecil, sebelum merdeka ada 3 juta hektar sekarang dah tinggal 1 juta hektar tanpa gantian, ekonomi Melayu semakin tenat dgn kerugian GLC, perniagaan Melayu yg tiada berkembang ke arah sains dan teknologi, kebanyakkan restoran makanan yg tumbuh macam cendawan ditambah dgn gerai di tepi2 jalan sedangkan gedung perniagaan besar yg bertaraf antarabangsa semakin berkembang maju yg diusahakan oleh Cina, rumah2 kedai yg baharu diprojek swasta semuanya dibolot oleh Cina, Melayu UMNO masih boleh tersenyum dgn menjadi barua pembanguan dgn hanya mendapat sedikit habuan sedangkan bangsa sendiri semakin merepat. Apakah ada masa depan Melayu di bawah UMNO? Melayu masih berseronok dgn hiburan, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, berbangga menjadi orang kaya baru hasil dari wang haram, maka kehidupan Melayu hari ini semakin jauh dari sayangkan bangsa, lebih sayangkan siapa yg boleh beri wang, inilah tanda2 kehancuran bangsa Melayu, apakah Melayu masih tidak sedar diri?
Apakah yg Melayu hendak banggakan dgn kuasa yg semakin lemah? ekonomi yg semakin mundur, walau pun dasar ekonomi baru telah ditranformasi tapi yg rugi tetap Melayu. Melayu dibuai dgn kata2 indah, KDNK semakin mantap sedangkan Melayu semakin merepat dgn kenaikan harga2 barang, tarif elektrik, petrol, minyak masak, gula, ikan daging tepung dll. Kegilaan kerajaan UMNO BN untuk mengejar tahun 2020, negara maju, rakyat berpendapatan tinggi hanyalah cita2 manusia yg paling bodoh kerana realiti kehidupan tidak seindah kata!



No comments:

Post a Comment