Thursday 31 July 2014

BILAKAH UMAT ISLAM BOLEH SATU FIKIR?



Pelbagai kerenah umat Islam hari ini. Bersolat dalam masjid yg sama, berpuasa beraya, bayar zakat fitrah, tunaikan haji dan lakukan ibadat korban, semua percaya pahala dosa tapi masih bercakaran dan berpecah belah atas nama parti. Apakah kalau kita bubur semua parti yg terlibat dgn Melayu,  bolehkah kita  bersatu atas nama Islam? Sebenarnya parti itu sendiri telah membahagikan Melayu kpd pelbagai fahaman kerana parti yg ujud sekarang bukan terdiri dari Melayu yg mengamalkan Islam 100% walau pun PAS sekali pun. Tapi PAS mempunyai kelebihan tentang kefahaman Islam walau pun tak 100% tapi lebih baik dari UMNO dan PKR itu sendiri. PKR lebih baik UMNO dari segi hendakkan keadilan memperjuangkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tapi mereka melihat dari sudut itu shj, maksiat lain mereka tak banyak bercakap, tapi PAS lebih kpd perjuangankan Islam yg mana Islam ada segala2nya bukan setakat keadilan shj.

PAS masih jauh dari sifat keyakinan kpd Allah swt sebab itu PAS terpaksa bergabung dgn PR lain kerana tidak yakin dgn kuasa Allah swt tapi masih yakin dgn kuasa mahluk.
Dari segi logik atau akal manusia, mana mungkin PAS boleh berkuasa kerana tak cukup kerusi, tapi kalau kita balik kpd sejarah Nabi saw, dlm peperangan Badar, pihak Islam hanya 313 bersenjatakan serba kekurangan orang pihak musyrikin lebih 1000 orang gagal kerana yg memberi kemenangan ialah Allah swt.

Dgn kemelut dalam PAS sendiri disamping dgn PKR dan DAP, dgn ahli2 PAS yg hanya jadi PAS tapi dari segi amalan Islam masih jauh dari sunnah Nabi saw, bolehkah PAS setelah lebih dari 60 tahun, masih di tahap merangkak sehingga kini dan UMNO yg lagi lama umurnya dgn PAS semakin lemah sepatutnya semakin kuat tapi gagal yg semakin ketara kesan dari sifat kepentingan keduniaan maka kemurkaan Allah swt semakin banyak dan hanya menunggu apakah lagi bencara atau bala yg akan muncul!

Kesimpulannya hari ini kalaulah umat Islam hendak bersatu atas nama Islam, sifat keduniaan yg penuh di dlm hati hendaklah dibersihkan dahulu, bila hati dah bersih maka amalan semakin mudah dilakukan, bila berjihad tak ada yg buat alasan dan lari dalam perjuangan yg hanya ada dlm hati ialah Allah swt, ada harapankah kalau kita melihat para2 pemimpin Islam hari sanggup kembali kpd Islam yg sebenar atau masih dgn pelbagai alasan akal yg akhirnya sama ada kita masih jadi Melayu Islam atau mungkin akan tinggal sejarah dlm muzium?



No comments:

Post a Comment