Saturday, 2 August 2014

PAS SEMESTINYA BERSENDIRIAN



Gabongan PR nampaknya semakin goyah dgn isu semasa ungkit mengungkit sesama sendiri tentang kehebatan masing2. PKR nampaknya semakin bongkak dan sombong tidak kenang budi PAS semasa mereka susah dan terus menerus lupa dan lupa budi... sehingga akhirnya tiada jalan lain melainkan bercerai. PRU 14 masih jauh tapi tak jauh lagi hanya ada 3 tahun lebih lagi, lebih baik bercerai sekarang dari bercerai hampir PRU 14 nanti, jika tidak bercerai sekarang lebih baik dari bercerai hampir dgn PRU 14 jika ini berlalu maka nasib PAS semakin malang untuk mempertahankan walau pun satu negeri sedangkan semasa dlm PR tiada ada kemajuan terus merudum maka bila ada isu yg sensitif pasti ahli2 dan penyokong senyap pun terus lari, maka PAS akan jadi orang tua yg banyak penyakit kerana dah tau banyak penyakit tapi masih tak jaga makan pantang terus dengan menyalahkan takdir, masakan Allah swt nak bantu kalau dah berpenyakit mestilah sekurang istiar juga jaga makan tapi terus jadi pelahap maka terimalah akibatnya.

PAS sendiri dgn dasar Islamnya yg sudah tentu berlawanan dgn parti Melayu lain PKR dan UMNO dan seperti langit dan bumi dgn DAP, ini pun sudah cukup menginsafi bahawa perjuangan yg bercampur baur dgn hak dan bathil akhirnya tidak akan berjaya.

Nabi saw sendiri tidak bertahaluf dgn puak kafir musyiriki dlm hal pemerintah tapi hanya kerjasama dgn hak2 kafir yg sepatutnya mereka uruskan sendiri bukannya menjadi rakan kongsi kuasa bersama dlm hal pemerintahan. Kita telah menipu diri sendiri kononnya atas nama negara majmuk berbilang bangsa dan agama maka Islam terpaksa dikorbankan atas nama nak menjaga hati puak2 kafir, munafiq dan fasiq. Sejarah yg sama berpusing kembali dan bila umat Islam semakin gilakan kehidupan dunia maka akhirat terus dilupakan maka Allah swt telah memberi amaran jangan pentingkan dunia jika kamu hendak selamat. Maka hari ini Melayu semakin malang kerana apa saja isu semuanya atas nama kuasa dunia bukannya hendak fikir bagaimana akhirat didakwahkan kpd bukan Islam dan juga kpd umat Islam yg telah lalai dan terus terjun ke dlam telaga buruk bersama2 pemimpin2 yg hanya berpura2 tapi bertopengkan Islam. Fikir sesaat tentang Islam itu lebih baik dari dunia dan seisi2nya.

No comments:

Post a Comment