Friday 11 July 2014

WANG PUNCA MANUSIA JADI SYAITAN

WANG PUNCA MANUSIA JADI SYAITAN- MASJID JADI REBUTAN KERANA ELAUN RM750. IMAM DAN MASYARAKAT BERPECAH KERANA WANG DAN HARTA BENDA

Wang jika tak tamak boleh jadi kawan, tapi wang jika tamak boleh jadi syaitan.
Hari ini manusia menjadi tamak kerana wang. Ibadat menjadi adat. Adat pula dicipta dan ditambah itu ini hingga lebih kurafat dari kebaikan yg diujudkan oleh nafsu untuk memenuhi kehendak syaitan. Wang kuasa wanita adalah alat syaitan jika tidak diuruskan dgn iman dan taqwa kpd Allah swt akan merosakkan umat Islam itu sendiri.

Dahulu iman2 masjid tidak berbalah, masing2 ikhlas menjalankan tugas masing2. Sejak kerajaan UMNO BN memperkenalkan elaun RM750 untuk dua orang iman untuk setiap masjid, maka mata menjadi terbeliak dan saling menonjol diri kpd masyarakat siapakah yg paling layak mendapat elaun tersebut.

Kerajaan hanya beri elaun kpd dua orang iman shj bagi setiap masjid, jumlah iman mungkin empat orang, maka akan berlakulah jatuh menjatuh sehingga fungsi masjid menjadi tempat cari rezeki baru selain dari pencen. Kebanyakkannya mereka yg dah pencen dan ada juga yg sedang bekerja juga nak cari pendapatan tambahan kerana tok imam pun hutang di sekeling pinggang, hutang rumah, kereta dan sebagainya.

Inilah kesannya bila imam masjid mendapat elaun, bukan perpaduan yg ujud tapi perpecahan dan tok imam pun bukan ikhlas dan jujur dlm menjalankan tugas.

Sepatutnya iman sama ada bergilir bertugas, tugas memakmurkan masjid disamping buat kerja dakwah, berjumpa dgn penduduk kampong atau ahli kariah, jumpa mereka yg tidak pernah ke masjid adalah sebahagian dari tugas imam, bukan makan gaji buta shj tanpa memikirkan dibelaknng masih ada saf yg kosong. Imam juga  bukan jadi imam bila tiba giliran, hari2 tak bertugas solat kat rumah, inilah imam yg bawa sial, berjemaah hanya bila tiba giliran imam, hari2 lain tidur kat rumah! Apakah amalan mereka ini akan diterima oleh Allah swt. Niat selain dari Allah swt itu adalah kerana syaitan. Oleh itu berhati2lah wahai bakal2 imam, di akhirat nanti anda akan menyesal, perasan buat kerja baik tapi pahala ditolak yg diberiNya ialah dosa, maka rugilah untuk selama2nya.

No comments:

Post a Comment