Dalam suasana umat Islam dan
pemimpin2 Islam meraba2 mencari perkara yg sahih lagi benar, ada seorang
pemimpin Islam yg berjiwa besar seperti Sultan Brunei yg sanggup berdepan dgn
puak2 Yahudi yg kita tahu telah menguasai dunia sekarang.
Negara kecil yg kaya raya,
biasanya pemimpinnya akan bertambah tamak dgn harta dunia tapi ada juga
pemimpin berjiwa besar lagi beriman dan bertaqwa kpd Allah swt yg menjadikan
beliau semakin kaya semakin beriman dan bertaqwa kpd Allah swt, Pemimpin2 yg
kaya dgn wang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, tidak mungkin akan
mendapat hidayah dariNya, kerana makanan yg haram akan menjadi darah daging yg
kotor sesuai untuk bahan bakar api neraka.
Pergorbanan Sultan Brunei sudah
pasti dan dijangka akan menjadi ujian dan cabaran kpd baginda sendiri. Sejarah
Nabi saw apabila baginda memulakan tugas berdakwah, apa yg baginda dapat ialah
musuh disekeling pinggang kerana Islam akan menyekat kemungkaran dan maksiat
dari terus dilakukan oleh mereka yg suka neraka.
Memperkenalkan hudud yg
telah ditinggalkan oleh Nabi saw di zaman ini yg serba maju ini ditambah dgn
maksiat yg telah sebati dgn jiwa manusia, yg bukan Islam sudah tentu tidak
menjadi dosa kpd mereka, tapi yg mengaku Islam hanya pada nama mula memberontak
kerana maksiat telah sebati dgn jiwa mereka, tiba2 seorang ketua negara
bertindak melawan arus!
Di Malaysia yg pemimpin2nya
Melayu Islam yg mengaku Islam tapi menolak hudud atas alasan negara majmuk,
rakyat belum bersedia menjadi ego dan agaknya juga mewakili puak2 Yahudi yg
telah termakan budi sehingga kalau nerakalah yg ditentukan Allah swt maka
sanggup ke neraka kerana mempertahankan kuasa yg semakin lemah. Mereka ini tak
takut azab Allah swt kerana iman lemah dan membuat mereka terus berada di dlm
kejahilan. Umur semakin sedikit, rambut, bulu mata, kepala semakin botak dan
beruban putih, kubur sedang mengamit, sedang kubur berdendam dan geram dgn
jasad yg engkar dgn perintah Allah swt, bila tiba masanya akan dihimpit hingga
berceragah tulung rusuk, apa nak dikatakan bila dah jahil, terus jahil murakat,
adakah jalan kembali?
Wallahua’klam.
No comments:
Post a Comment